--> HAMZA DIEKSTRADISI KE ARAB SAUDI | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

HAMZA DIEKSTRADISI KE ARAB SAUDI

| HAMZA DIEKSTRADISI KE ARAB SAUDI


KUALA LUMPUR - Seorang kolumnis akhbar dari Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari yang ditahan pihak berkuasa Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Khamis lalu telah dihantar pulang ke negara asalnya kira-kira pukul 3 petang semalam.
Difahamkan, lelaki yang lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, itu dihantar pulang selepas segala proses dokumentasi ke atasnya selesai.
Beberapa pegawai penguat kuasa Arab Saudi ditugaskan untuk mengiringi Hamza yang dikatakan menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Hamza dihantar pulang berikutan permintaan daripada kerajaan Arab Saudi.
Beliau berkata, ia merupakan amalan yang dipraktikkan apabila membabitkan individu yang dikehendaki sesebuah negara lain.
"Mohammad Najeeb dihantar balik mengikut perjanjian yang sedia ada ini. Tuduhan yang akan dikenakan adalah urusan pihak berkuasa Arab Saudi," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Selain itu, Hishammuddin turut mengesahkan yang penahanan Mohammad Najeeb dibuat atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi.
Kelmarin Kosmo! melaporkan, Hamza yang melarikan diri dari negaranya selepas mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul ditahan selepas masuk ke negara ini pada Selasa lalu.



Kumpulan hak asasi kemanusiaan menggesa kerajaan Malaysia tidak menghantar pulang Hamza


Kumpulan hak asasi kemanusiaan, semalam menggesa kerajaan Malaysia tidak menghantar pulang wartawan muda Arab Saudi yang menulis komen menghina Nabi Muhammad hingga mencetuskan gesaan hukuman mati dikenakan ke atasnya di negara asalnya.
Hamza Kashgari, 23, ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Khamis lalu dan masih disoal siasat.
Hamza melarikan diri dari Arab Saudi selepas membuat komen menghina Nabi Muhammad di laman Twitter yang menimbulkan kemarahan puluhan ribu pengguna Internet. Penyelidik Kanan Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia Barat, Christoph Wilcke berkata, Malaysia “tidak perlu bersubahat menentukan nasib Hamza dengan menghantarnya pulang”, di mana dia mungkin terpaksa menghadapi perbicaraan.

“Ulama Saudi sudah membuat keputusan Hamza seorang murtad yang perlu dihukum.
“Malaysia perlu menyelamatkannya daripada keadilan yang tidak telus dan membenarkan dia mendapat perlindungan di negara yang menjadi pilihannya,” katanya. Aktivis Kanan Suara Rakyat Malaysia, S Arulchelvan berkata, Malaysia tidak perlu menghantar pulang Hamza, tetapi sebaliknya membenarkan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyiasat mengenai isu itu. Amnesty International sebelum ini menyeru supaya Hamza dibebaskan segera tanpa syarat.
Sementara itu, seorang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri Malaysia berkata, Hamza mungkin dihantar pulang di bawah perjanjian keselamatan dua hala dengan Arab Saudi.

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan