--> HANTARAN TINGGI? .. | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

HANTARAN TINGGI? ..

| HANTARAN TINGGI? ..



Assalamualaikum....

Selamat malam semua...
ramai yang buat entry pasal hantaran tinggi..
kebanyakan nya bagi pendapat yang sama...
mak bapak suka mintak hantaran tinggi...
itu punca lelaki lambat kawen..

malam ni pun aku nak menulis tentang itu..
tapi pendapat aku ni mesti ada yang
tak suka...
ni kan pendapat aku...hehheheh...

ramai lelaki bagi alasan
"mahal sangat mintak..tak payah kawen pun tak pe la.."

betul ke tak nak kawen
pasal hantaran tinggi??
atau sebab lain...
atau sebab tak de orang yang nak????

kebanyakan lelaki bila dia dah cinta dah suka
dah dapatkan keserasian dengan perempuan tu
dia akan usaha jugak untuk kawen dengan pompuan tu...
korang tak payah la terpengaruh dengan
entry2 yang asyik menyalahkan keliuarga belah perempaun
konon nya minta hantaran tinggi2...

mak bapak sekarang walaupun
dok kat ulu2 nun depa pun fikiran dah luas...
depa pun tau anak2 sekarang mudah
sangt terjebak dengan benda2 tak baik..
depa pun nak anak depa kawen cepat..

kalau si lelaki berbincang baik2
tak de nya mak bapak nak halang ..
lagi depa suruh kawen cepat ada la..
tahun ni je 5 rumah aku ikut rombongan meminang..
semua keluarga belah perempuaan bawak keluar ayat lebih kurang je...

"ikut belah lelaki la berapa yang mampu..
kita buat lagi cepat lagi bagus..kan???"

memang ada mak bapak yang letak hantaran tinggi
kat malaysia ni..tapi jumlahnya alahai ciput je..
tu pun yang keluarga berada..


korang pun..nak kawen cari la yang sepadan..
ni nak kat anak dato..anak ketua pengarah syarikat besar
mesti lah hantaran tinggi..

cermin2 sama diri tu...
dah tau susah cari la yang sama2 taraf..
tak payah nak besar2 kan isu hantaran tinggi ni..
aku tengok pantang cuti sekolah
ada je kenduri kawen..sampai jalan pun jem kiri kanan rumah kenduri.

jadi tak de nya masalah ni besar mana..
lelaki mana entah yang tak laku
lepas tu buat alasan hantaran tinggi.
padahal tak de orang nak kat dia..

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan