--> ADIK NADHIRAH DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN RENTUNG | BERITA | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

ADIK NADHIRAH DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN RENTUNG | BERITA

| ADIK NADHIRAH DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN RENTUNG | BERITA

Anda tentu pernah membaca berita kehilangan kanak-kanak bernama Nurul Nadirah bt Abdullah. Berita kehilangan beliau telah dilaporkan dan turut disiarkan di dalam media perdana dan alternatif.


Berita terbaru yang disiarkan amat mengejutkan dan menyentuh perasaan saya dan pastinya anda semua! 
JOHOR BAHRU 12 Mac – Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini.

Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu. – UTUSAN
Kanak-kanak manis dan tidak bersalah itu telah dibakar mayatnya! Sungguh menghayatkan hati.

Malah tindakan mereka yang melakukan jenayah itu wajib kita kutuk dengan sekeras-kerasnya! saya amat berharap agar pihak polis akan dapat menangkap mereka yang berperangai lebih teruk daripada binatang itu.

Sama-samalah kita sedekahkan ayat Al-Fatihah kepada roh Nurul Nadirah Abdullah.

Al-Fatihah.

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan