--> SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA

| SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA



Wanita telah dimuliakan oleh Rasulullah sebanyak tiga kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali ke empat barulah kaum adam. Wanita juga dimuliakan dengan kata-kata "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Selain itu, title syahid juga telah diberikan kepada ibu yang meninggal ketika bersalin. Tanpa wanita atau ibu, siapalah kita? Namun peranan bapa tidak diabaikan.


Macam mana boleh wujud Hari Wanita Sedunia?
Ok, mulanya begini. Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu, satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.(sumber:Perutusan Wanita Sedunia).

Dulu wanita sering ditindas dan menjadi mangsa keganasan. Dengan wujudnya Hari Wanita Sedunia, nasib wanita telah terbela kerana dua perkara telah diketengahkan iaitu untuk mengecapi keamanan, keselamatan, kemajuan tamadun, memartabatkan hak asasi manusia dan asas-asas kebebasan, kita memerlukan penglibatan yang aktif dari kaum wanita. Oleh itu kaum wanita perlu di beri layanan yang adil dan saksama kerana kemajuan wanita melambangkan kemajuan sesuatu bangsa. Selain itu, untuk memperakui dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam mengukuhkan keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat.

Kini, tujuan sambutan Hari Wanita Sedunia lebih diperkukuhkan. Antaranya untuk mempromosikan langkah mengetatkan undang-undang dalam menangani isu wanita, contohnya isu pelaksanaan undang syariah di mahkamah syariah, isu undang undang yang lebih ketat kepada perogol, pendera dan penganas rumahtangga.

Selain itu, memberikan kefahaman kepada orang awam mengenai agenda wanita untuk perubahan. Pihak berwajib juga perlu untuk memperkemaskan latihan dan kemahiran serta penyelidikan dalam isu-isu wanita selain menghulurkan pertolongan kepada golongan wanita yang tidak bernasib baik agar wanita mendapat kualiti hidup yang lebih baik. Di samping itu, sambutan ini juga bertujuan untuk menyedarkan wanita betapa perlunya mereka mempunyai kesedaran berpolitik dan memantapkan ekonomi diri.

kamu sebagai seorang wanita,aku berharap agar semua pihak terutamanya kaum adam lebih memahami dan menyelami perasaan wanita dalam meniti kehidupan seharian. Wanita seharusnya perlu untuk berdikari dan tidak mengharapkan atau terlalu bergantung sepenuhnya pada lelaki kerana kita tidak tahu kemungkinan yang bakal berlaku di masa akan datang. Hal ini kerana jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, wanita akan lebih bersedia dengan cabaran dan ranjau kehidupan akan datang.

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan