--> Mei 2013 | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

PROMOSI DELAY EVERYDAY, EVERYWHERE, EVERYTIME WITH @AIRASIA

PROMOSI DELAY EVERYDAY, EVERYWHERE, EVERYTIME WITH @AIRASIA




Tempoh 24 jam yang saya berikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX yang celupar dan berotak udang itu memperkecilkan dan menghinadinakan perjuangan bangsa sendiri, apatah lagi tatkala agama dan bangsa kita diterosok dengan begitu kejam oleh bangsa lain semasa PRU13 baru-baru ini.

Apa nak dihairankan, mereka tidak mengundi pun. Mereka hanya tahu bagaimana mengaut seberapa banyak wang daripada rakyat Malaysia khususnya penumpang Melayu, memanupulasi harga temberang murah mereka, dan kini menulis kononnya perjuangan orang Melayu seperti oleh Utusan Malaysia itu dikatakannya Rasis.

Saya diberitahu mereka sudah membincangkan hal Kurang Ajar ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X itu, ada pembaca menulis dalam komen dia hanya layak Ketua Entertainment AirAsia yakni mengacarakan aktiviti-aktiviti sosial yang bertentangan dengan agama Islam dan budaya orang Melayu. Inilah si Kitul dan Tangggang yang memperbodohkan bangsa sendiri. 

Dia tidak sedar dirinya berdiri kerana perjuangan orang-orang Melayu terdahulu dan perjuangan akhbar-ahbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Utusan Malaysia.

Saya diberitahu Tony Fernandez, Datuk Kamarudin, Tan Sri Rafidah dan juga Datuk Pahamin Rejab memberikan pandangan yang positif kepada perjuangan kita membuang si Tanggang moden ini dan si Kitul moden ini. 

Kamu Azran tidak layak untuk marah dengan gelaran itu, kerana jutaan orang Melayu lebih teramat marah dengan kebodohan kamu menghina perjuangan orang Melayu mempertahan kepentingan Melayu melalui Utusan Malaysia. Jika kamu marah, kamu marahlah diri kamu sendiri.

Kamu kata dalam perbincangan petang tadi kamu hendak saman Utusan Malaysia dan para blogger yang tersangat amarah dengan kamu! Kamu patut saman diri kamu sendiri!!!

Hingga ke hari ini, kamu tidak tulis dalam tweeter kamu betapa Rasisnya akhbar-akhbar Cina yang mengutuk dan mengeji orang-orang Islam dan orang-orang Melayu! Kenapa kamu tidak ulas kamu benci tulisan-tulisan Rasis dalam akhbar-akhbar Cina itu? Kamu butakah, atau hati kamu buta?

Kamu tahukah berapa kali Datuk Pahamin Rejab naik tangga turun tangga dan mengejar Tun Dr. Mahathir untuk menerangkan dan meyakinkan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan Air Asia. Kamu tahu kamu hanya bermula dengan 2 Biji Kapal yang kamu pinjam dari MAS? 

Kamu tahukah kerajaan ketika itu merelakan laluan-laluan MAS diberikan kepada kamu supaya kamu boleh untung sedikit dan kerajaan tidak minta apa-apa pun melainkan tunjukkanlah sikap Patriotik kepada bangsa kamu, dan sayangilah perjuangan bangsa kamu yang dihinadina oleh orang lain sekarang ini?

Kalau kamu ada di hadapan saya sekarang, saya akan baling muka kamu dengan tahi penumpang-penumpang Air Asia yang tertipu dan tertekan dengan pelbagai syarat tambahan dan bayaran tambahan yang kamu create dalam sistem online kamu! 

Tahi itu untuk lambang mulut kamu yang menghina perjuangan orang-orang Melayu yang mengharapkan adaptasi dan wajadiri hanya di Utusan Malaysia, satu-satunya akhbar yang benar-benar memperjuang aspirasi bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.

Kalau bukan Utusan Malaysia, siapa lagi yang berani ke depan memperjuang mempertahan dan mengabdikan dirinya untuk agama dan bangsa kita? Kamu nak mengharapkan Sin Chew Jit Poh atau Nanyang Siang Pao kah wahai Azran Osman Rani???

(emel kedua dari Mantan Pegawai Tinggi Kerajaan, zaman Tun Dr. Mahathir)

jk :  dengarnya masa minta KLIA3 dengan PM Tony siap 'gertak' untuk pindahkan semua operasi Air Asia Indonesia jika permintaannya tak dilayan betul ke? - apa kata Tony pindahkan sekarang, berani? haha!
no image

CARA SELAMAT MAKAN MEE SEGERA


Mi segera adalah makanan yang paling ringkas untuk dimakan. Ia mudah dan praktikal.  Namun harus diingat akan bahayanya. Sebagai contoh, endapan bahan pewarna dalam mi segera amat berbahaya kepada tubuh. 

Menurut pakar pemakanan, Afrinia Ekasari, mi segera diperbuat daripada bahan asas termasuk tepung gandum, telur, air dan mineral, perencah serta minyak sayur. Ia mengandungi vitamin namun kadarnya begitu kecil berbanding jumlah yang diperlukan oleh tubuh terutamanya kanak-kanak.
Mi segera mengandungi beberapa ramuan berbahaya iaitu bahan pengawet dan pewarna yang tidak dapat diuraikan justeru tidak dapat disingkirkan daripada tubuh. Jika bahan-bahan itu terlalu kerap dimakan, ia akan terkumpul di dalam tubuh dan menjadi bahan yang bersifat karsinogen atau mampu merosakkan. 
“Bagi memenuhi keperluan nutrien atau zat makanan, seelok-eloknya tambahlah sayur-sayuran dan protein haiwan seperti telur, ayam, udang ke dalam mi segera,” ujar wanita Afrina lagi. Namun beliau tetap menyarankan agar jangan terlalu kerap makan mi segera. 
Sementara itu pakar pemakanan dari Universiti Hasanuddin, Andi Imam Arundhana menjelaskan bahawa mengikut prinsip diet seimbang, apa yang dimakan haruslah pelbagai jenis dan mempunyai nilai pemakanan.  “Bukan hanya karbohidrat, makanan juga harus mengandungi lemak, protein dan vitamin.  Tidak cukup dengan kenyang saja,” katanya.
Jelas Andi, hidangan sarapan perlulah mengandungi lebih kurang 15-25 peratus daripada keperluan zat makanan.  Manakala mi segera hanya memenuhi kira-kira 16 peratus daripada keperluan karbohidrat dan lemak (seseorang lelaki memerlukan 2,000 kcal). 
Menurut Andi lagi, bahan pengawet dalam mi segera memang boleh disingkirkan, tetapi amat sukar.  “Melalui sistem perembesan manusia, bahan itu hanya dapat disingkirkan sekurang-kurangnya empat hari selepas ia dimakan,” ujarnya. 
Maka jika terpaksa makan mi segera, pastikan kekerapan memakannya adalah sekurang-kurangnya empat hingga lima hari sekali. “Contohnya, jika hari ini kita sudah makan mi segera, empat hingga lima hari kemudian barulah kita bole makan mi segera lagi,” jelasnya.
Dalam pada itu Andi dan Afrinia bersependapat tentang cara betul memasak mi segera serta keperluan menambah bahan makanan lain ke dalam mi segera, demi kesihatan. Kedua-duanya mengesyorkan agar apabila memasak mi segera, air rebusan pertamanya hendaklah dibuang. Langkah itu perlu bagi membuang bahan pengawetnya. 
“Setelah bahan pengawetnya disingkirkan, barulah mi segera dimasukkan ke dalam air mendidih yang baru,” jelas Andi. 
Satu lagi cara ialah dengan tidak menggunakan perencah yang disertakan bersama mi segera. “Kita boleh mengolah perencahnya sendiri seperti ketika memasak,” kata Andi.  Jika tidak pun, kurangkanlah penggunaan perencah mi segera. Ini juga bagi mengurangkan kadar bahan pengawet yang masuk ke tubuh kita.
“Apabila rasanya sudah cukup, sisa perencah itu boleh dibuang saja. Jika ingin lebih masin, adalah lebih baik diganti dengan garam,” katanya.  Tambah beliau, cara-cara itu tadi boleh dilakukan sekiranya kita memang tidak dapat mengelak daripada makan mi segera.
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah ketika membeli mi segera.  Jelas Afrinia, selain tarikh luput, kandungan dan logo halal, pastikan juga bungkusan mi tidak rosak atau koyak.  Jika bungkusan rosak atau koyak, pelbagai macam serangga dapat masuk lantas mencemari mi segera itu- yahoo