BILA PEREMPUAN KELUAR SHOPPING | FAKTA


Entry kali ni aku nak cerita pasal  kaum2 comel ni lagi.Yeah,normal la tu,aku kan pencinta wanita sejati.Shopaholic,mereka yang obses terhadap shopping.So,gadis2 ayu sekalian,adakah anda tergolong dalam golongan shopaholic?kalau anda angguk,ya anda seorang yang jujur,kalau anda geleng maknanya anda tipu,dosa.So angguk je.

Ya,aku tau keobsesan korang untuk bershopping ni tersangatlah extreme mengalahkan keobsesan korang terhadap mat2 korea bersix pack enam mahupun enam belas.Ya,aku tahu sebab aku pun pernah ada six pack dulu.

So gadis2 sekalian,kami kaum lelaki ni bukan nak menghalang hobi merangkap aktiviti sosial korang ni,kami ni tak pentingkan diri,tak nak halang kalau shopping tu boleh buat korang happy.Bila korang happy,korang ceria,bila korang dah ceria korang senyum selalu,bila korang senyum korang comel.Nampak dia punya kaitan.Kami suka korang yang comel2 ni.So,why kitorang nak halang korang dari jadi comel kan.

Disebabkan kami kaum lelaki ni bertimbang rasa,so apa kata anda gadis2 tolong kitorang pulak.Tolong apa?ya,tolong jangan ajak kami keluar shopping,lagi2 kalau anda belum buat list barang nak beli.Pleasee.Aku sanggup merayu buat muka habis comel walaupun aku seorang yang macho.Kalau korang ajak aku main kejar2 kat taman bunga or bergurau senda kat tepi pantai tu ok lah.Hari2 pun boleh.

Fakta mengatakan lelaki dan perempuan yang shopping bersama hanya bertahan selama 72 minitsebelum diorang start bergaduh.Lelaki akan mengalah dan perempuan still shopping dengan happy untuk 28 minit seterusnya sebelum diorang pandai nak lenguh kaki.Nasib la anda kaum lelaki kalau dapat gf/bini atlit lumba lari.Memang kalau dia tak berlumba lari kat trek hari tu,korang pulak lah kena teman dia berlari kat mall.haha..

Kaum Hawa ni selalunya dah masuk mall mulalah,benda tu nak beli,benda ni nak beli.Tulis kat list nak beli sabun dengan kicap je.Last2 nampak ada sale abih semua di borongnya. Ahdoi.Aku tau tak semua camtu.Pembaca blog aku semua tak buat perangai camni kan,so korang memang comel.

Menurut fakta tu lagi,lelaki ada satu kod yang dipanggil 'boy code'.Boy code menyatakan kalau seseorang lelaki tu enjoy shopping macam perempuan, besar kemungkinan mereka adalah gayboy.So,jangan ajak kami shopping,nanti kami jadi gayboy.Kalau semua dah jadi gayboy sape lagi yang korang nak kawin kan.So,lelaki ni,yang menulis ni, ada lagi, jangan risau2.heh

Selain tu,mengikut fakta juga perempuan bukan je tak rasa letih walaupun dah shopping selama 2 jam,diorang jugak akan jadi pakar selok belok mall tu dalam masa singkat.84 peratus perempuan tak kisah dengan harga barang bila diorang betul2 nak barang tu.Ha,perangai ni patut korang elakkan.Jangan sampai hujung bulan makan maggi je.Mak aku cakap makan maggi banyak boleh botak kepala,so jangan sampai kepala anda jadi botak,tak comel.

So, Abang Discrim,macam mana nak elakkan perangai kami ni,kami tak sengaja?

Oh,sebab gadis2 semua panggil aku abang,aku bagi tips2 ni,special buat korang,tak tido malam tau cari pasal tips2 ni, dah boleh panggil aku abang lagi sekali.heh,so ni tips2 dia..

1. Buat list barang

Buat list barang yang korang nak beli sebelum pergi.Bukan dah sampai mall baru nak buat.Pastu ternampak sale,serbuuu,baru tulis,eh,nampak sale lagi,redaaahh,baru tulis lagi,memang apa pun tak boleh.

2. Bawak duit cukup2 je.

Bila korang dah buat list,agak2 la berapa harganya,takkan beli buah tembikai dengan kicap je sampai nak bawak RM200. Nampak sangat la dia punya niat sebenar tu. So,kalau nak elak duit korang tu mengalir macam air,bawak duit sekadar yang perlu.Kad bank pun jangan bawak.Ya,jangan bawak.Aku tau dekat mall tu banyak ATM, korang ni bukan boleh caya sangat.Ya,kad kredit pun tak perlu bawak,tak payah tanya.

3. Puasa

Ya,puasa.Puasa sunat.Buat pahala.Bila puasa ni korang kena tahan nafsu.Tak kira la nafsu apa pun termasuklah nafsu kuda korang bila nampak sale.Bila rasa2 takde barang nak beli tak payah nak buat2 alasan korang macam terdengar suara2 halus dari butik memanggil-manggil korang ke.Tak payah.

4. Pergi time mall dah nak tutup

Ha,kalau mall tu tutup pukul 11 malam,korang pergi pukul 10.45,confirm korang tak sempat beli barang selain dalam list korang.Silap2 dengan barang2 dalam list pun tak sempat.haha.Ok la tu.List korang tu pun bukan boleh caya sangat.Dapat separuh pun da ok.Jimat.heh.Pandai2 la bajet masa,kalau banyak barang pergi awal sikit.Awal sikit,siiikit.

Kesimpulannya,shopping boleh tapi jangan la sampai terlalu obses.Memudaratkan diri korang jugak nanti.Tak kopak duit korang,duit kami pulak yang kopak nanti.So,memudaratkan semua.Sila berlatih untukcontrol diri anda kalau tetiba terjumpa sale kat mana2.Ok.TQ. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI ARTIS-ARTIS MALAYSIA BOGEL

GAMBAR LUCAH INTAN LADYANA?