BLACK BERRY MESSENGER (BBM) TUKAR NAMA |



Pengeluar telefon pintar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mungkin terpaksa menukar nama perkhidmatan mesej popularnya, BlackBerry Messenger (BBM) selepas dikatakan melanggar cap dagang sebuah syarikat Kanada.
Ini kerana perkhidmatan BBM itu, mempunyai nama sama seperti syarikat BBM Canada, sebuah firma yang menyediakan rating pendengar serta penonton televisyen dan radio.
BBM Canada telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Persekutuan tahun lepas dan keputusannya dijangka pada Februari ini.
Ketua Eksekutif BBM Canada, Jim MacLeod berkata, beliau mahu RIM berhenti mengiklankan nama BBM itu.
Namun, katanya, beliau bersedia menukar nama syarikatnya jika diberikan pampasan sewajarnya.
“Kami perlu bersikap praktikal. Mereka beroperasi di seluruh dunia tetapi kami tidak. Namun, kami tidak bersedia untuk sewenang-wenangnya melepaskan nama kami,” katanya.
Dalam pada itu, RIM pula menyatakan akan tetap mengekalkan nama BBM dan tidak akan membayar pampasan kepada syarikat berkenaan.
“Kami percayai BBM Canada cuba untuk mendapatkan cap dagang daripada akronim BBM itu yang tidak menggambarkan perkhidmatan yang ditawarkannya dan tidak diperuntukkan di bawah undang-undang cap dagang Kanada,” ujar syarikat itu dalam satu kenyataan.
MacLeod berkata, BBM Canada ditubuhkan pada 1955 dengan nama asal Bureau of Broadcast Measurement dan menukar namanya kepada BBM pada 1960-an. – Reuters


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI ARTIS-ARTIS MALAYSIA BOGEL

GAMBAR LUCAH INTAN LADYANA?