ANGGOTA LULZSEC ANTARA 7 PENGODAM DITAHAN | HACKER


Imej kumpulan Lulzsec yang terkenal dengan kerja-kerja menggodam dan melakukan serangan siber
LONDON - Tujuh yang disyaki sebagai penggodam, beroperasi dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Republik Ireland, dikenakan tuduhan berkaitan dengan serangan siber, yang telah menjadikan lebih sejuta pengguna komputer sebagai mangsa kebelakangan ini.

Menurut maklumat Biro Siasatan Persekutuan (FBI), lima daripada mereka terlibat dalam kumpulan yang dikenali sebagai  Lulzsec manakala yang keenam merupakan anggota kumpulan Antisec.

FBI juga dilaporkan sebagai berkata, ketua Lulzsec, Hector Xavier Monsegur telah membuat pengakuan bersalah pada 12 Ogos lalu berhubung tuduhan jenayah siber.

Laporan BBC menyebut, tuduhan ke atas Monsegur telah membawa kepada pertuduhan ke atas anggota kumpulannya.

Laporan itu juga menyebut, Monsegur, yang turut dikenali sebagai Sabu, telah mengaku bersalah melakukan serangan siber ke atas kumpulan media Sony Pictures Entertainment, Fox Broadcasting Company dan Public Broadcasting Service (PBS).

Jake Davis, 19, dari Lerwick, Shetland Islands; Ryan Ackroyd, 25, dari Doncaster; dan Darren Martyn, 25, dari Galway, Ireland juga dikenakan tuduhan konspirasi menggodam komputer.

Donncha O'Cearrbhail, 19, dari Birr, Ireland, berhadapan dengan satu tuduhan berkonspirasi melakukan kerja-kerja menggodam dan juga satu lagi tuduhan berkaitan mendedahkan maklumat yang dipintas secara tidak sah.

Polis Ireland juga berkata mereka telah menahan seorang suspek berkaitan.

Scotland Yard memberitahu bahawa seorang berusia 17 tahun dari selatan London juga dikenakan dua tuduhan menggodam komputer.

Menurut FBI, Jeremy Hammond yang menggunakan nama samaran Anarchaos ditahan di Chicago kelmarin berhubung serangan ke atas pusat pemikir keselamatan Stratfor, Disember lalu.
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI ARTIS-ARTIS MALAYSIA BOGEL

GAMBAR BUAH DADA DATO SITI NURHALIZA DIRABA TERSEBAR MELUAS | ARTIS