Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

PROMOSI DELAY EVERYDAY, EVERYWHERE, EVERYTIME WITH @AIRASIA

Imej
Tempoh 24 jam yang saya berikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX yang celupar dan berotak udang itu memperkecilkan dan menghinadinakan perjuangan bangsa sendiri, apatah lagi tatkala agama dan bangsa kita diterosok dengan begitu kejam oleh bangsa lain semasa PRU13 baru-baru ini.

Apa nak dihairankan, mereka tidak mengundi pun. Mereka hanya tahu bagaimana mengaut seberapa banyak wang daripada rakyat Malaysia khususnya penumpang Melayu, memanupulasi harga temberang murah mereka, dan kini menulis kononnya perjuangan orang Melayu seperti oleh Utusan Malaysia itu dikatakannya Rasis.

Saya diberitahu mereka sudah membincangkan hal Kurang Ajar ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X itu, ada pembaca menulis dalam komen dia hanya layak Ketua Entertainment AirAsia yakni mengacarakan aktiviti-aktiviti sosial yang bertentangan dengan agama Islam dan budaya orang Melayu. Inilah si Kitul dan Tangggang yang memperbodohkan bangsa sendiri. 
Dia tidak sedar dirinya berdiri kerana perjuangan orang-orang Mel…

CARA SELAMAT MAKAN MEE SEGERA

Imej
Mi segera adalah makanan yang paling ringkas untuk dimakan. Ia mudah dan praktikal.  Namun harus diingat akan bahayanya. Sebagai contoh, endapan bahan pewarna dalam mi segera amat berbahaya kepada tubuh. 
Menurut pakar pemakanan, Afrinia Ekasari, mi segera diperbuat daripada bahan asas termasuk tepung gandum, telur, air dan mineral, perencah serta minyak sayur. Ia mengandungi vitamin namun kadarnya begitu kecil berbanding jumlah yang diperlukan oleh tubuh terutamanya kanak-kanak. Mi segera mengandungi beberapa ramuan berbahaya iaitu bahan pengawet dan pewarna yang tidak dapat diuraikan justeru tidak dapat disingkirkan daripada tubuh. Jika bahan-bahan itu terlalu kerap dimakan, ia akan terkumpul di dalam tubuh dan menjadi bahan yang bersifat karsinogen atau mampu merosakkan.  “Bagi memenuhi keperluan nutrien atau zat makanan, seelok-eloknya tambahlah sayur-sayuran dan protein haiwan seperti telur, ayam, udang ke dalam mi segera,” ujar wanita Afrina lagi. Namun beliau tetap menyarankan aga…

JUTAWAN BRITAIN KENA JADI PERAMUGARI

Imej
Fernandes (kiri) bersama Branson yang berpakaian seragam pramugari AirAsia di Sepang, semalam.
Pemilik Virgin Group tewas pertaruhan kepada CEO AirAsia

Sepang: Jutawan dan Pemilik Virgin Group dari Britain, Sir Richard Branson, 63 terpaksa ‘berkhidmat’ sebagai pembantu penerbangan dengan pesawat AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur selepas kalah dalam pertaruhan dengan Ketua Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes semalam. Beliau terpaksa mencukur bulu kakinya, memakai gincu dan skirt merah bagi menunaikan janjinya. Branson, bagaimanapun dikenakan tindakan disiplin oleh Ketua Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, selepas sengaja menjatuhkan dulang jus oren ke atas paha Fernandes. Pertaruhan pada 2010 Branson kalah pertaruhan kepada Fernandes pada 2010 selepas mereka saling menegaskan pasukan pelumba Formula Satu masing-masing akan menang pertandingan itu. Pasukan Fernandes mendahului dua mata berbanding Branson. Fernandes secara berjenaka mengisytiharkan kemahiran Branson sebagai pemb…