--> GAMBAR ARTIS | AJL | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

GAMBAR ARTIS | AJL

| GAMBAR ARTIS | AJL
Lagu Awan Nano dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad. Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat, nyanyian oleh Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.


Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor).

Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.





Anugerah Juara Lagu 26 - Karpet Biru. AJL26 telahpun melabuhkan tirainya sebentar tadi. Awan Nano berjaya merangkul gelaran juara AJL26 dengan Beribu Sesalan mendapat tempat kedua dan Karma di tempat ketiga. Keputusan lain menyaksikan Hafiz merangkul vokal terbaik dengan lagu Awan Nano dan Alyah berjaya menggondol persembahan terbaik. Jom kita tengok pula fesyen-fesyen artis yang hadir pada malam yang penuh gilang-gemilang tersebut.
















bila geng jiwa kacau tengok gambar-gambar ni.. rasa ehem2 la..

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan