ANONYMOUS ISTIHAR AKAN SERANG ISRAEL
Jiwa Kacau Groups | ANONYMOUS ISTIHAR AKAN SERANG ISRAEL
Kumpulan hacker Anonymous telah mengisytiharkan "perang salib" terhadap Israel. Mereka menyatakan negara Israel telah melakukan"jenayah terhadap kemanusiaan" dan mengarah kepada "bencana nuklear". Kelompok hacker yang beberapa hari terakhir ini menyusahkan Amerika dalam hal perang Cyber, telah bersumpah akan melawan pemerintah Israel.
Dalam pernyataan mereka yang dikeluarkan Jumaatpagi, Anonymous menuding para pemimpin Israelmenciptakan demokrasi palsu, dan hanya melayanikepentingan beberapa orang terpilih saja,sementara menginjak-injak kebebasan masyarakat.Anonymous juga menuding Israel telahmemanipulasi pendapat awam dengan kerjasamaantara "penipuan media" dan "politik rasuah".
Menghantar mesej kepada para pemimpin Israel, Anonymous menyatakan bahawa Zionis harusdipersalahkan atas pembunuhan dan pengusiran. Mereka menambah, bahkan ketika dunia sedang menangis, Israel malah sedang merancang serangan seterusnya. Maka kelompok Anonymous tidak akan membiarkan serangan itu terjadi.
Kumpulan ini berjanji akan melakukan tiga langkah terhadap pemerintahan Israel. Tiga langkah itudiantaranya akan mengeluarkan Israel dari Internet dan menukar Israel menjadi negara bebas. Sementara langkah ketiga tidak didedahkan kelompok ini.
Israel patut takut dengan akan ancaman Anonymous ini, kerana salah satu perkembangan terkini,kumpulan hacker ini berjaya merosakkan laman web milik CIA selama beberapa jam. Padahal, dalammesej, Anonymous mendakwa, apa yang mereka lakukan terhadap laman CIA itu hanya sebagai suka-suka sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan