saya ingin menyentuh tentang baik buruk mengongkong pasangan.
Menjadi lumrah apabila sayangkan seseorang itu, kita ingin pastikan dia terus jadi milik kita tanpa ada gangguan daripada pihak ketiga. Dalam kata lain, kita tidak ingin ada orang yang merampas hak serta kebahagiaan kita.
Maka, ada antara kita yang bertindak mengongkong pasangan. Antaranya, memeriksa telefon si dia setiap kali berjumpa, tidak membenarkan dia keluar dengan teman-teman, khasnya yang berlainan jantina, meminta kata laluan atau kod bagi emel serta akaun peribadi, selain meminta dia meminta izin terlebih dahulu jika ingin ke sesuatu tempat atau bertemu dengan seseorang.
Dari sudut yang positif, tindakan sebegitu dilihat sebagai antara ciri keselamatan yang dibuat bagi memastikan kejujuran dan kesetiaan pasangan terhadap kita. Ia juga mempamerkan betapa kita mencintai si dia hingga kita begitu mengambil berat terhadap segala pergerakan, juga aktiviti dirinya.
Namun jangan lupa, tidak semua insan suka diperlakukan seperti itu kerana ia agak merimaskan. Apatah lagi jika tindakan tersebut agak keterlaluan seakan terlampau mengongkong, hingga dirasakan dirinya tidak bebas sama sekali dan hilangnya hak privacy yang dinikmati sebelum ini.
Bagi yang dapat terima cara sebegitu, mungkin tidak mengapa. Namun jika kita ditakdirkan bercinta dengan pasangan yang cepat bosan dan jemu dengan tindakan serta cara kita yang menjengkelkan, seakan cemburu dan mengongkong yang tidak kena pada tempat?
Tidak mustahil si dia boleh bertindak memutuskan hubungan kerana hilangnya rasa sabar dengan kerenah kita yang terlalu kebudak-budakan dan tidak realistik dalam membuat sesuatu permintaan serta tindakan.
Tak salah kiranya kita ingin memastikan si dia benar-benar jujur pada kita dan tidak menyembunyikan sesuatu daripada kita tetapi biarlah berpada. Jangan sampai si dia menganggap tindakan kita itu amat keterlaluan dan lama-kelamaan perasaan cinta itu diganti dengan kebosanan dan kebencian.
Renungkanlah...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan