Saya tergamam seketika apabila ditanya oleh sahabat karib saya tentang satu soalan yang berbunyi seperti ini “Macam mane aku nak dapatkan dia kembali? Ada ayat cinta ajaib tak?
Saya seorang penulis buku membicarakan bagaimana untuk menyelamatkan cinta. Saya juga seorang pengkaji ilmu-ilmu berkenaan cinta. Seharusnya soalan seperti itu saya boleh anggap sebagai soalan asas. Soalan kacang.
Tetapi saya pusing. Entah kenapa, saya kelu.
Mari saya ceritakan.
Dari pengalaman saya sendiri, saya pernah putus cinta beberapa kali. Kesemuanya kerana keputusan saya sendiri, kecuali SATU. Satu inilah yang memberi impak besar kepada hidup saya. Saya ditinggalkan begitu sahaja. Ya, anda tidak keseorangan, saya juga seperti anda.
Kali ini saya akan berbicara dari sudut yang agak kejam dan kasar. Tema tulisan saya kali ini adalah jangan terhegeh-hegeh hendak dapatkan kembali si dia yang telah meninggalkan anda. Move ON!
Saya yakin kekasih lama anda boleh kembali kepada pangkuan anda. Saya juga yakin kita boleh membuat kekasih lama tertarik semula kepada kita. Tetapi untuk menghormati insan-insan yang mudah berputus asa, tidak yakin untuk meneruskan kehidupan dan stress kerana baru atau sudah lama ditinggalkan kekasih, izinkan saya curahkan realiti kehidupan kepada anda.
Lagu Cinta Untuk Yang Berputus Asa
Baik, anda jangan hubungi lagi bekas kekasih anda. Biarkan sahaja dia dengan kehidupan dia sendiri. Buat apa anda hendak kacau hidupnya yang sedang bahagia sekarang. Dia tinggalkan anda kerana DUA sebab.
1. Dia merasa tidak selesa, meluat atau tidak tahan apabila bersama dengan anda.
2. Dia menemui pasangan yang berjaya menambat hatinya. Mengisi kekosongan jiwanya dengan tarikan aura yang hebat (anda kalah di sini).
Anda sudah ditinggalkan. Lupakan dia sahaja. Ganti perasaan kosong anda dengan mencari insan yang boleh mengubati luka parah anda sekarang. Banyak lagi di luar. Mereka berada di sekeliling anda. Anda tidak sedar kerana anda telah BERPUTUS ASA or should i say LOOSER?
Kesedihan anda ini umpama kes kehilangan handphone. Anda merasakan hidup anda sudah berkahir. Anda sebenarnya belum menikmati perasaan mempunyai handphone baru yang lebih canggih dan menepati citarasa anda.
Anda menerima kehilangan ini sebagai batu loncatan untuk anda mendapatkan yang lebih baik.
Move on. Bergerak ke hadapan. Jangan tunggu lama-lama.
Keras. Kejam. Kasar.
Tapi inilah jalan pintas untuk anda mendapatkan kembali hak anda – cinta bahagia.
“Tapi saya cakap cinta boleh diselamatkan?”
Ini pula untuk anda yang yakin cinta anda boleh diselamatkan
Mari sambung.
Ya, betul. Masalah cinta boleh diselesaikan. Anda masih berpeluang mendapatkan kembali kekasih lama yang telah meninggalkan anda untuk sekian-sekian sebab. Semuanya boleh…
…dengan STRATEGI yang betul.
Manusia adalah makhluk yang berakal dan berperasaan. Manusia ada psikologinya yang tersendiri. Manusia ada beribu-ribu jenis perasaan (state of mind) seperti gembira, sedih, ingin tahu, benci dan suka. Jika anda boleh mengaktifkan perasaanini pada waktu-waktu tertentu mengikut turutan tertentu, nescaya anda akan dapat apa yang anda mahu. Ilmu ini masih dianggap misteri di kalangan kita. Saya telah mencungkil rahsia ini.
Jika anda memang berniat hendak mendapatkan kembali kekasih anda, musnahkan kata-kata negatif yang berbisik-bisik di telinga anda dahulu. Kata-kata negatif boleh melemahkan semangat anda. Kata-kata rakan anda, kata-kata keluarga anda boleh melenyapkan impian anda untuk bersama dengan kekasih tercinta anda.
Mereka sebenarnya hendak menenangkan anda sahaja. Itu keutamaan mereka. Anda dapat atau tidak kekasih anda kembali, itu nombor 2. Inilah realiti kehidupan.
Apapun, saya ucap tahniah kerana anda masih ada keyakinan. Anda tahu, pada masa tertentu, pada situasi tertentu, anda pasti akan dapatkan kembali kekasih anda. Anda pasang niat. Anda berdoa. Anda menggunakan prinsip tarikan. Anda gunakan apa sahaja cara untuk meyakinkan diri anda ( cara beretika dan tidak membahayakan diri anda dan orang lain).
Percayalah, anda boleh mendapatkan kembali kekasih anda. Tekadkan di hati anda. Tanamkan di jiwa anda bahawa anda PASTI akan mendapatkannya kembali. Itulah yang anda perlukan sekarang, tidak kira anda baru putus atau sudah seketika lamanya. Anda harus PERCAYA dahulu. Yang lain datang kemudian.
Jawapan Untuk Persoalan Masalah Cinta
Berbalik tentang soalan sahabat saya tadi, saya menjawab “F ( bukan nama sebenar), aku tak tahu nak jawab apa sekarang, tapi aku tahu macam mane nak buat dia tertarik balik kat kau dalam masa 3-4 minggu.”
Seterusnya menjadi sejarah. Dia akhirnya betul-betul berjaya mendapatkan kembali kekasihnya. Cara ini mungkin berkesaan atau mungkin tidak untuk anda. Tapi agak bestuntuk diketahui kan?
Saya akan kongsikan teknik ini pada posting seterusnya kepada yang mahu membaca. Kepada yang skeptikal dan termasuk dalam golongan putus asa, saya nasihatkan anda teruskan membaca majalah hiburan, membaca buku motivasi yang kandungannya diulang dengan ayat berbeza atau menonton rancangan Akademi Fantasia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan