SAN FRANCISCO: Kumpulan serpihan penggodam terkenal Anonymous mengumpulkan sokongan, semalam dalam rancangan untuk ‘membunuh’ rangkaian laman sesawang sosial, Facebook.
Rakaman video YouTube dilabel sebagai mesej daripada Anonymous mendakwa ‘Operasi Facebook’ akan berlangsung pada 5 November untuk memusnahkan rangkaian sosial itu kerana mencemari hak peribadi penggunanya. Jurucakap Anonymous berkata, bagaimanapun, ketua kumpulan itu tidak pasti sejauh mana keseriusan ancaman berkenaan kerana kumpulan terbabit tidak mempunyai struktur arahan yang tegas dan anggotanya merahsiakan identiti mereka. Video itu menuduh Facebook menyimpan data yang dihantar pengguna dan malah berkongsinya dengan agensi penguat kuasa. “Sertai kami dan bunuh Facebook demi hak peribadi anda,” kata jurucakap dalam video itu. - AFP
"ANONYMOUS MALAYSIA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan