--> JACLYN PANDANG RENDAH NAJWA LATIF | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

JACLYN PANDANG RENDAH NAJWA LATIF

| JACLYN PANDANG RENDAH NAJWA LATIF

Jaclyn pandang rendah Najwa Latif di AJL26 yang lepas? Begitulah dakwaan segelintir pihak yang mengatakan penyanyi Jaclyn Victor memandang rendah kebolehan Najwa Latif semasa Majlis Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang lepas. Jaclyn Victor membawa 2 lagu dalam AJL26 iaitu lagu Sedetik Lebih (nyanyian asal Anuar Zain) dan Beribu Sesalan (nyanyian bersama Ning Baizura dan Sheila Amzah) manakala Najwa Latif menyanyikan lagu Cinta Muka Buku beliau.


Jaclyn Perlekehkan Najwa Latif


Semasa Anugerah Juara Lagu (AJL26) sedang berjalan, ada pihak yang mendakwa Jaclyn Victor telah memandang rendah dan memperlekehkan kebolehan Najwa latif yang mana telah layak sampai ke peringkat akhir mengalahkan artis-artis yang lebih senior dan lebih tua darinya seperti Stacy, Meet Uncle Hussein, Hazama dan Adira. Dakwaan kononnya Jaclyn Victor dituduh mengeluarkan kata-kata yang boleh mematahkan semangat penyayi muda tersebut sebelum membuat persembahan.
Namun begitu, Jaclyn Victor membidas tuduhan tersebut dengan berterus terang ada mengatakan kita tidak boleh memandang rendah pada keupayaan lagu budak ini (Najwa), jika tidak mana mungkin ia diminati ramai dan melangkah ke AJL. Jaclyn mengatakan niatnya bukanlah untuk memperkecilkan kebolehan Najwa Latif tetapi sebaliknya untuk tidak memperkecilkan kebolehan Najwa Latif yang merupakan artis termuda layak ke final AJL26 kali itu. Tambahan pula, semasa Anugerah Juara Lagu sedang berlangsung, dia tidak ada bertembung dengan Najwa Latif disebabkan jarak waktu mereka membuat persembahan adalah panjang dan Jaclyn juga ingin menumpukan pada persembahannya. Diharap kontroversi Jaclyn pandang rendah Najwa Latif ini tidak akan berpanjangan agar industri seni tanah air akan terus berkembang!

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan