--> WANITA 2 VARGINA DITAWAR BERLAKON | VIDEO | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

WANITA 2 VARGINA DITAWAR BERLAKON | VIDEO

| WANITA 2 VARGINA DITAWAR BERLAKON | VIDEO



Seorang wanita yang menggemparkan dunia dengan pengakuannya bahawa dia memiliki dua alat kelamin, menolak tawaran lumayan daripada sebuah syarikat penerbit filem porno terkemuka bernilai US$1 juta.

Hazel Jones yang muncul dalam satu program televisyen awal minggu ini di mana dia mendedahkan yang dia telah didiagnos dengan 'uterus didelphys' - keadaan yang bermaksud dia mempunyai dua rahim dan dua saluran peranakan, telah ditawarkan berlakon dalam filem lucah terbitan Vivid Entertainment.


Bagaimanapun, tawaran lumayan berkenaan ditolak dan berkata, dia tidak akan menimbangkan sama sekali tawaran-tawaran sebegitu rupa, malahan dia tidak akan menerimanya walaupun sampai bila-bila.

Dalam suratnya kepada Hazel, Steven Hirsch, pengasas Vivid telah menawarkan kontrak bernilai US$1 juta untuk berlakon dalam filem keluaran syarikatnya. Selain tawaran wang tunai, Jones juga akan dibiayai dari segi perjalanan dan penginapan memandangkan penggambaran filem tersebut akan dilakukan di Los Angeles.

Vivid merupakan studio pertama yang memperkenalkan video seks selebriti termasuklah Pamela Anderson dan bekas suaminya, Tommy Lee serta Kim Kardashian.

VIDEO

Dalam satu perkembangan lain, Jones menceritakan bagaimana dia kehilangan dara sebanyak dua kali. Malah menurutnya, dia tidak segan silu untuk membuktikan kepada mana-mana wanita yang ingin melihat 'keanehan' alat kelaminnya itu.

Bayangkanlah kalau ada di kalangan artis wanita di negara kita menerima tawaran sebegitu lumayan... anda fikir mereka akan terima atau menolaknya bulat-bulat?

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan