LELAKI DIHUKUM SEBAT SEBAT SEBANYAK 2080 KALI KERANA MEROGOL
Jiwa Kacau Groups | LELAKI DIHUKUM SEBAT SEBAT SEBANYAK 2080 KALI KERANA MEROGOL
SEBUAH akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.
Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.
Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.
Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah itu.
Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam. Sumber | lidahrakyat.com
Berkait
SEMINGGU LAYAN 20 LELAKI AMY (bukan nama sebenar) memiliki rupa paras sederhana dan bertubuh kecil. Jika dilihat daripada segi fizikal, gadis d
LELAKI MAUT CUBA LARI DARI SEKATAN JALAN RAYA | BERITA SHAH ALAM — Seorang lelaki, yang cuba melarikan diri daripada sekatan polis, maut apabila motosikal yang ditunggangny
FOTO BOGEL DIAN SASTRO TERSEBAR Aktres terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila gambar bogelnya tel
RESTORAN SEGERA EXTREM PARK SEK13 TERBAKAR SHAH ALAM — Hampir 50 peratus bahagian dapur sebuah restoran makanan segera di Taman Sukan X-treme, Seksyen 13 di
Tiada ulasan:
Catat Ulasan