--> SEKS UNTUK DAPATKAN TOP-UP | BERITA | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

SEKS UNTUK DAPATKAN TOP-UP | BERITA

| SEKS UNTUK DAPATKAN TOP-UP | BERITA

Seks untuk dapatkan topup, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
KULIM - Perbuatan tidak bermoral. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kegiatan seorang remaja perempuan yang sanggup menyerahkan tubuhnya hanya untuk mendapatkan tambah nilai prabayar (top-up).

Sinar Harian difahamkan, modus operandi digunakannya adalah dengan cara berbaik dengan pekerja di stesen minyak yang bertugas hampir setiap malam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, remaja yang berusia 17 tahun itu akan pergi ke kaunter berpura-pura untuk membeli barang sebaliknya menyelak pakaian dan membenarkan pekerja berkenaan meraba buah dadanya.

“Dia juga sanggup melayan nafsu seks pekerja ini di bilik air yang terletak di belakang stesen. Namun, kegiatannya itu dapat dihidu pihak berkuasa,” katanya. 

Menurutnya, dari siasatan dijalankan mendapati remaja itu tidak bersekolah atau bekerja dan sering dilihat berkeliaran di sekitar kawasan stesen minyak pada awal pagi.

“Dia juga akan diberi gula-gula getah secara percuma selepas memberikan layanan seks. Kes ini terbongkar apabila pengusaha stesen minyak sering mengalami kerugian di antara RM400 hingga RM500 sebulan melalui mesin penambah nilai prabayar di stesen minyak setiap bulan,” katanya.

Ghuzlan berkata, polis boleh membuat siasatan terhadap perlakuan pecah amanah yang dilakukan pekerja itu kerana memberikan tambah nilai prabayar secara percuma kepada remaja terlibat sekiranya ada laporan polis dibuat.

“Walaupun kesal melihat anak muda menjual maruah sebegitu rupa, namun disebabkan remaja terbabit bukan di bawah umur, perlakuan seks yang dilakukan dianggap sebagai suka sama suka. Melainkan remaja itu membuat laporan polis di mana petugas stesen minyak itu bertindak kasar atau cuba merogolnya, maka kes ini diklasifikasikan sebagai rogol,” katanya. 

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan