Lagi-lagi Zarina Anjoulie-Harian Metro hari ini |
Semalam kecoh tentang gambar bercium Zarina Anjoulie dengan seorang lelaki tersebar. Gambar itu dikatakan tersebar di laman Twitter miliknya. Mesti ramai yang tertanya-tanya siapalah jejaka yang bertuah dapat cium Zarina.
Zarina Anjoulie dicium lelaki |
Pagi ini di laman Twitternya juga Zarina, telah membongkar siapakah jejaka tersebut. Beliau adalah adik lelakinya sendiri.
Dari Twitter Zarina Anjoulie |
Apakah motif Zarina Anjoulie sebenarnya? Walaupun adik kandung sendiri janganlah ambil gambar macam tu dan di load pula ke Twitter. Kan dah mengundang fitnah.
Update 28 April 2012
Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah, 25, sekali lagi dipalit kontroversi apabila aksinya dicium mesra jejaka heboh di laman blog dan portal hiburan.
Sebelum ini kisah pergaduhannya dengan bekas bintang Akademi Fantasia Musim 6 (AF6), Lutfyah Sheikh Omar atau Lufya, 26, mendapat liputan media.
Menurut pelakon yang melakar nama melalui watak utama dalam siri TV ‘Anak Pontianak’ yang mesra dengan nama Anjou itu, dia memang mempunyai ramai kenalan lelaki yang rapat namun foto yang tersebar itu bukan teman lelaki mahu pun bakal suaminya.
Sebaliknya, lelaki yang dilihat menciumnya dalam keadaan yang agak panas itu adalah abang tirinya.
“Saya bukanlah bodoh untuk menunjuk-nunjuk foto saya bermesra dengan teman lelaki. Sebolehnya saya merahsiakan dan menyembunyikan foto terbabit bagi menjaga imej sebagai artis dan saya masih boleh berfikir perkara baik atau buruk.
“Saya ada lapan adik-beradik tiri, lima lelaki dan tiga perempuan. Kami memang rapat antara satu sama lain. Gambar yang diambil pada tahun lalu itu bagi saya tidak ada masalah kerana ia hubungan sesama adik-beradik,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.
Zarina berkata, dia semakin tertekan dan tidak faham mengapa segelintir pihak tegar melemparkan dakwaan tidak rasional sekali gus cuba menjatuhkan dirinya sebagai penggiat seni tanah air.
“Sebagai artis, berperwatakan baik sangat pun, orang tetap melemparkan dakwaan berunsur negatif. Kontroversi sinonim dengan individu bergelar artis.
“Saya juga pernah difitnah kononnya dibela individu bergelar VIP Mat Saleh hanya disebabkan mereka nampak saya bermesra di kedai mamak pada lewat malam.
“Padahal itu bapa saya dan kami selalu keluar minum di kedai mamak jam 12 malam,” kesalnya.
Dia berkata, dirinya tidak mahu ambil peduli dan malas melayan sesetengah laman blog yang mengaitkan dirinya dengan kontroversi bertujuan untuk mengaut keuntungan.
“Saya tidak mahu peminat mengenali saya dengan kontroversi kerana apa yang dilakukan hanya saya yang tahu.
“Kini, peminat sudah salah tafsir apabila saya terus dipalit kontroversi seperti ini. Semakin ligatlah sesetengah laman blog untuk terus melemparkan dakwaan negatif bagi mengaut keuntungan.
“Kenapa tidak dari dulu lagi gambar ini disiarkan padahal ia diambil tahun lalu,” katanya.
Katanya, mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Fokusnya kini memajukan diri dan memberikan kesan yang terbaik dalam karier seninya tanpa perlu mendengar apa juga kata negatif. Sebelum ini, cerita kontroversi Zarina tercetus apabila tersebarnya foto seksi yang mendedahkan sebahagian dadanya di Internet beberapa tahun lalu dan beraksi ‘berani mati’ apabila menjadi penghias muka depan majalah lelaki yang diterbitkan di Jakarta, Indonesia hingga ramai yang mencemuh.
Mendapat jolokan 'Party Girl', Zarina dilaporkan bergaduh dengan beberapa rakan artis. Terbaru, seorang artis lelaki dari seberang menafikan ada hubungan istimewa dengannya namun Zarina tidak kisah dengan jawapan diberikan lelaki terbabit. Pelakon ini juga pernah merancang mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan sehingga dalam satu temu bual Zarina berterus-terang tidak mahu mengundang wartawan di majlis perkahwinannya.
Tidak berakhir dengan itu, Zarina mengaku menjalin hubungan dengan suami orang namun perkahwinan itu terpaksa ditunda atas alasan peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan