--> SEKSI VS MALU | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

SEKSI VS MALU

| SEKSI VS MALU

Seorang ibu membawa anak perempuannya. Comel sambil memakai tudungnya. Ketika menunggu bas di stesen, datang seorang wanita yang seksi dengan memakai skirt yang menampakkan peha. Melihatkan seorang anak kecil yang comel bertudung, lalu wanita itu menegur :

Wanita seksi: Tak panas ker adik pakai tudung tu?

Anak kecil : Mak kata, panas lagi api neraka.
Merah padam muka wanita tersebut. Mungkin ‘terasa’ kepedasan kata-kata anak kecil tersebut.

Si kecil molek pula mengajukan soalan…

Anak kecil : Ee, malulah nampak peha.


Wanita seksi : Ala, inilah kecantikan dan mahkota seorang wanita, adik

Anak kecil : Jadi, kenapa akak tak buka aje baju dan skirt. Barulah orang nampak ‘mahkota’ akak kan?

Wanita seksi : Malu lah akak, dik

Anak kecil : Tau pula akak malu. Ayah adik kata, orang yang tak tau malu pada Allah, dia akan berani buat apa sahaja.
Kali kedua merah padam lagi muka wanita tersebut.

Memandangkan si anak kecil tadi seperti memenangi suasana dan keadaan, dengan darah yang menyirap, dia berkata :

Wanita seksi : Celaka punya budak! Pergi la main jauh-jauh. Syuh, jangan ganggu urusan orang tua la!

Anak kecil : Kesian, akak dah tua rupanya. Mulut akak jahatnya. Tak baik tau..

Wanita seksi : @#$%%*()__!@#


Anak kecil : Ibu, kenapa akak tu marah?

Si ibu tidak menjawab soalan anaknya. Dia hanya mampu tersenyum melihat kelibat anaknya. Sejuk perut ibu mengandung!

Moral dari kisah tersebut :

1. Tutup aurat adalah perintah Allah dan kita sebagai manusianya adalah wajib untuk memenuhi syariat tersebut.

2. Nasihat adalah sebahagian dari kehidupan orang islam

3. Malu sebahagian dari iman.

Pandangan anda bagaimana pula?? 

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan