--> KECOH IBU DERA BAYI TERSEBAR | VIDEO | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

KECOH IBU DERA BAYI TERSEBAR | VIDEO

| KECOH IBU DERA BAYI TERSEBAR | VIDEO

IBU DERA BAYI | WANITA TERSEBUT SUDAH DITAHAN (VIDEO IBU DERA BAYI) | Polis sudah mengambil tindakan ke atas wanita (gambar) yang didapati menumbuk, menampar serta menendang bayinya yang mula dimuatnaik di laman sosial facebook, twitter selain disiarkan pengendali blog, tengah hari semalam.

Rakaman empat minit 19 saat itu memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis di katil sambil dirakam seorang wanita lain.
Gambar-Ibu-Pukul-Bayi
Rakaman itu turut memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menyepak kepala bayinya di depan beberapa kanak-kanak lain.

Polis Bukit Aman menerima lebih 500 aduan orang ramai yang kebanyakannya kesal dengan tindakan wanita terbabit, selain prihatin dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya semalam, menjelaskan hasil pemeriksaan yang dijalankan, kes itu berlaku di Petaling Jaya pada 29 Mei tahun lalu dan wanita terbabit sudah ditahan polis pada hari yang sama.

Wanita terbabit kini menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Difahamkan, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan bagi membantu siasatan

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan