--> DUA PESERTA WAKILI MALAYSIA SERTAI RATU CANTIK PONDAN ANTARABANGSA | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

DUA PESERTA WAKILI MALAYSIA SERTAI RATU CANTIK PONDAN ANTARABANGSA

| DUA PESERTA WAKILI MALAYSIA SERTAI RATU CANTIK PONDAN ANTARABANGSA

Dua rakyat Malaysia dikatakan menyertai Pertandingan Ratu Cantik Pondan Antarabangsa 2014 (Miss International Queen 2014) yang diadakan di Pattaya, Thailand, pada Jumaat lalu.

Peserta dengan nama gelaran Cicie Sinclair dan Hendra itu mewakili Malaysia dalam pertandingan kecantikan terbesar di dunia yang mempromosikan hak-hak transeksual dan wanita itu.
Sinclair dikatakan berasal dari Sandakan, Sabah, manakala Hendra pula berasal dari Marang, Terengganu.


Peserta nombor enam, Sinclair dan peserta nombor 19, Hendra menyertai Pertandingan Ratu Cantik Pondan Antarabangsa 2014 (Miss International Queen 2014) yang diadakan di Pattaya, Thailand pada minggu lalu.



Berdasarkan laman web rasmi pertandingan itu, kedua-duanya yang merupakan peserta nombor enam dan 19, perlu bersaing dengan 25 peserta lain untuk merebut gelaran juara.
Pertandingan itu turut disertai peserta dari 19 negara di seluruh dunia, antaranya Filipina, Brazil, Venezuela, Mongolia, Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.

Peserta dari Venezuela, Isabella Santiago berjaya merangkul gelaran juara dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak AS$12,500 (RM41,800) dalam pertandingan ratu cantik itu.
Pemenang tahun ini juga boleh memilih untuk menjalani pembedahan kosmetik secara percuma.

Penyertaan dua rakyat Malaysia itu dilihat boleh menghangatkan lagi kontroversi berhubung isu transgender, selepas mahkamah rayuan mengisytiharkan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita, bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

Ini sekaligus menguatkan lagi spekulasi mengenai keputusan mahkamah rayuan berkenaan untuk membenarkan golongan transgender berpakaian dan berperwatakan seperti wanita.

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan