--> Mac 2018 | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

HAIWAN YANG PALING SUKAR DITEMUI DI MUKA BUMI

HAIWAN YANG PALING SUKAR DITEMUI DI MUKA BUMI

Entri kali ini khas buat pencinta haiwan sedunia. Hehe. Di bawah ni terdapat beberapa haiwan yang sangat sukar untuk ditemui. Kalau korang pergi ke zoo sekalipun, belum tentu dapat melihat haiwan-haiwan ini. Percaya atau tidak korang kena la baca entri ni sampai habis. Haiwan-haiwan ini kebiasaannya ditemui di tempat tersembunyi sepeti di dalam gua dan juga di laut dalam. Jom kita kenali satu demi satu haiwan 'pemalu' ni.


Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Dugong


Haa. Yang pertama ni mesti kita selalu dengar kan? Dugong. Tapi pernah tak korang tengok dengan mata sendiri? Dugong ni juga dikategorikan sebagai haiwan yang paling sukar ditemui di dunia. Dugong kebiasaannya ditemui di laut dalam. Tahukah anda, ekor dugong ni menyerupai ekor ikan lumba-lumba. Dugong memakan rumpai laut dan segala yang berada di dasar lautan dalam.



Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Monito Del Monte


Seterusnya haiwan yang sedikit comel ni. Pernah nampak kat mana-mana? Macam sudar glider pon ade jugak kan? Tapi ini la dia haiwan yang bernama Monito Del Monte. Sedap nama dia kan? Monito Del Monte ni berasal daripada Bahasa Sepanyol yang membawa makna "monyet kecil" yang kebiasaannya ditemui di Argentina dan wilayah-wilayah terdekat di Chili. Spesis ini telah dianggap sebagai pupus, tetapi ternyata spesis terancam ini masih ada dan ditemui oleh para pengkaji.

Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Olm

Olm? Itulah nama makhluk ini. Spesis ini ditemui pertama kalinya di Itali. Makhluk ini mempunyai tubuh yang panjang dan juga berkaki. Kebiasaannya hanya ditemui di dalam gua bawah tanah. Sedikit info lain mengenai makhluk ini ialah ia mempunyai sepasang mata tetapi ia buta dan tidak dapat melihat. Tetapi deria bau dan pendengarannya cukup hebat.

Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Solenodon

Solenodon, itulah nama si cilik ni. Ia merupakan spesis mamalia kecil yang berasal dari Kuba dan Hispanola. Makhluk ini mirip dengan tikus. Ia memiliki muncung yang panjang dan ekor yang bersisik. Awas! Tikus ini spesis beracun. Bisanya boleh jadi lebih bahaya daripada bisa ular.



Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi


Jenis kijang ini hanya boleh ditemui di Kawasan Gurun Sahara dan amat sukar untuk ditemui. Mempunyai tanduk yang panjang dan memiliki gigi seperti seekor lembu. Kalau buat kari mesti sedap ni. Hehe.

Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Hiu Berjumbai

Masa mula-mula saya tengok makhluk ni memang menakutkan. Hiu ini merupakan makhluk aneh di dalam dunia haiwan itu sendiri. Menurut sesetengah pihak, makhluk ini telah pupus pada zaman dinosaur lagi.

Tetapi ternyata semua kenyataan itu meleset sama sekali apabila baru-baru ini ada nelayan yang telah berjaya menangkapnya dan juga beberapa penemuan bangkai haiwan ini turut direkodkan. 



Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Kelawar Bumblebee

Kelawar ini telah ditemui di beberapa buah gua batu kapur, di tenggara Thailand dan Burma. Bumblebee dewasa ini saiznya boleh mencecah seinci dari kepala ke ekor. Kecil je kan? Apa yang menarik mengenai kelawar ini ialah ia memiliki muncung yang persis seperti muncung khinzir. 



Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Ichthyophis Kohtaoensis

Susah nak sebut nama spesis ni. Spesis ini boleh ditemui di Kemboja, Laos dan Thailand. Makhluk ini memiliki tubuh seperti ular panjang dan ia juga memiliki ekor yang runcing. Apa yang menarik mengenai makhluk ini ialah ia mempunyai otot yang mengawal rahangnya.


Hewan Yang Sulit Ditemukan Di Muka Bumi
Kakapo

Kakapo ini merupakan spesis burung kakak tua dan ia merupakan satu-satunya spesis burung kakak tua yang tidak boleh terbang. Burung ini sangat-sangat sukar untuk ditemui dan seringkali dijual dengan harga yang sangat tinggi kerana ia merupakan antara burung yang terpintar.Burung ini boleh membesar sehingga beratnya mencapai lebih 8 kilogram. Cantik kan?