--> Jiwa Kacau | JiwaKacauGroups

Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

7 FAKTA MENGENAI PAYUDARA WANITA

7 FAKTA MENGENAI PAYUDARA WANITA


Bagi setiap wanita, payudara merupakan salah satu aset paling berharga dari tubuh mereka. Selain melambangkan keindahan dan kewanitaan, fakta juga menunjukkan bahawa payudara mampu membangkitkan nafsu seksual.

Sebenarnya, masih banyak lagi fakta mengejutkan tentang payudara, yang sebelumnya mungkin tidak pernah Anda ketahui. Berikut adalah 7 fakta menarik tentang payudara wanita, seperti yang dipaparkan dalam Times of India:

1. Payudara kiri biasanya lebih besar. 
Memang agak sulit untuk melihatnya. Tetapi, umumnya ukuran payudara sebelah kiri selalu lebih besar berbanding sebelah kanan. Ukuran dan bentuk kedua payudara tidak mungkin sama. Bahkan, puting payudara juga memiliki ukuran yang bervariasi satu sama lain. 

2. Ada rambut halus pada puting payudara Tumbuhnya rambut-rambut halus pada dada lelaki mungkin sudah biasa. Tapi bagaimana jika hal ini terjadi pada wanita. Wanita juga memiliki rambut yang tumbuh pada payudara, tepatnya pada bahagian puting. Bahkan, komedo dan jerawat juga boleh muncul pada payudara Anda. 

3. Payudara wanita rata-rata beratnya 0,5 kg. Payudara rata-rata beratnya sekitar 0,5 kilogram. Setiap payudara menyumbang 4-5 % dari lemak tubuh. Dengan itu, 1 % dari berat keseluruhan tubuh seorang wanita berasal dari lemak di payudara. Payudara boleh membesar ketika wanita menginjak usia dewasa. Tapi ingat, wanita perokok cenderung memiliki payudara yang kendur ketimbang mereka yang tidak merokok. 

4. Lebih dari 2 juta wanita mempunyai payudara palsu. Sebut saja misalnya Pamela Anderson dan Katie Price. Lebih dari 2 juta wanita memiliki implan payudara. Angka ini menunjukkan bahawa banyak wanita yang memperhatikan payudara mereka. Tetapi kenyataannya, tidak semua wanita yang melakukan pembedahan payudara puas dengan hasil yang diperolehi. Riset menunjukkan bahawa rata-rata usia wanita yang menggunakan implan adalah 34 tahun.

5. Payudara menjadi lebih besar apabila terangsang. Sama seperti penis, payudara akan membesar dan menjadi tegang apabila terangsang. Hal ini berlaku pula pada puting payudara.

6. Payudara menjadi tidak segar ketika Sejumlah aktiviti seperti jogging, berjalan, dan aerobik dapat menyebabkan goyangan atau goncangan pada payudara. Oleh sebab itu, pemakaian bra dengan ukuran yang tepat guna meminimalkan gerakan sehingga Anda juga dapat mengurangi seri pada payudara. Ingat, fungsi utama dari bra adalah untuk melindungi kesihatan payudara Anda. 

7. Payudara boleh berubah bentuk, Bunyinya memang agak pelik, tapi posisi telungkup semasa tidur diyakini dapat mengubah bentuk payudara. Penting untuk selalu menjaga posisi tidur dalam kedudukan yang betul sehingga dapat menjaga kekencangan dan bentuk payudara Anda.

Posisi tidur terbaik adalah dengan cara tidur menyamping dan menggunakan bantal sebagai alas untuk menjaga bentuk payudara tetap terpelihara ketika tidur.

Fakta
BENTUK BUAH DADA POPULAR

BENTUK BUAH DADA POPULAR


Bentuk buah dada payudara yang indah dan menjadi dambaan para wanita adalah payudara dengan ukuran ideal dan bentuknya yang kencang. Wanita tentu akan menjadi lebih percaya diri dengan bentuk payudara yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil juga. Selain meningkatkan kepercayaan diri sang wanita, bentuk payudara yang indah juga disukai oleh para lelaki.

Bentuk payudara indah dan ukuran payudara ideal, berdasarkan peenlitian sebuah lembaga konsultasi seks menyebutkan bahwa bentuk yang ideal adalah tingginya cukup 15cm dari payudara sampai ke putting dengan berat 750 gram dengan volume 350-500 cm dan ukuran bra full 34-36. Mengenai ukuran, bentuk, tekstur dan warna putting payudara itu tergantung dari selera lelaki bagaimana lelaki tersebut memandang dan menilainya.

FAIQAH AZIZAN GADIS TIANG YANG DIDENDA RM25 | GAMBAR

FAIQAH AZIZAN GADIS TIANG YANG DIDENDA RM25 | GAMBAR



.



Masih ingat lagi tak berita pasal 3 gadis melayu yang didenda RM25 kerana terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai beberapa hari yang lalu. Salah seorangnya bernama Faiqah Azizan. Di sini admin nak share beberapa keping gambar Faiqah Azizan . Seksi jugak dia ni yer

15 ANUGERAH YANG ALLAH BERIKAN PADA WANITA

15 ANUGERAH YANG ALLAH BERIKAN PADA WANITA

15 Anugerah Yang Allah Berikan Kepada Wanita

15 Anugerah Yang Allah Berikan Kepada Wanita

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”. Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
TANDAS TERAPUNG

TANDAS TERAPUNG

Di tandas terapung tersebut, para penduduk setinggan di situ akan membasuh pakaian, mandi, membuang air besar dan memberus gigi menggunakan air sungai yang sama! Jakarta mempunyai penduduk lebih 8 juta orang dan merupakan kota ke-12 terbesar di dunia.


Kawasan metropolitannya pula meliputi Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi. Kesemuanya menghasilkan 23 juta penduduk iaitu menghampiri jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. 


Disebabkan jumlah mereka yang berada di bawah tahap kemiskinan di kota itu cukup tinggi, terdapat banyak kawasan penempatan setinggan terutama di sepanjang Sungai Ciliwung ‘yang terkenal’ itu. Sungai Ciliwung terkenal sebagai sungai yang paling kotor dan busuk di republik tersebut. 

Sebagai contoh, bila hujan lebat, Sungai Ciliwung akan dipenuhi sampah dan selama tiga hari sahaja dicatatkan sampah yang tersangkut di Jambatan Kalibata, Jakarta Timur, mencapai 1,800 meter padu atau boleh diisi ke dalam 90 buah trak pengangkut sampah! Dan disebabkan kemiskinan jugalah, warga setinggan di sepanjang sungai itu tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa ‘mengoptimumkan’ penggunaan sungai tersebut. 

Antaranya, menggunakan sungai itu sebagai tempat untuk mandi dan membersihkan diri. Yang paling terkenal adalah tandas terapungnya. Semoga apa yang dipaparkan di bawah memberi keinsafan kepada kita semua…

13 TEMPAT BERPUAKA DAN YANG PALING MENYERAMKAN

13 TEMPAT BERPUAKA DAN YANG PALING MENYERAMKAN

13 TEMPAT BERPUAKA DAN YANG PALING MENYERAMKAN

13 TEMPAT BERPUAKA DAN YANG PALING MENYERAMKAN DI MALAYSIA

1. Highland Tower

Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana

2. Banglo Mona Fandey

Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3. Kemayan City – Johor Bahru

Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

4. Lebuhraya Karak

Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5. Villa Nabila – Johor Bahru

Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini.

6. Amber Apartment – Genting Highland

Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang

Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

8. Institusi St Michael – Ipoh

Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang.

Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi.

Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

9. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar – Perak

Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelajar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur

Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur

Satu kawasan menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12. Rumah ADO Menumbok – Sabah

Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

13. Penjara Pudu

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.
HARAM SAMBUTAN HARI KEKASIH

HARAM SAMBUTAN HARI KEKASIH


ISLAM ialah agama yang menjaga fitrah dan naluri manusia. Segala amalan yang disyariatkan memenuhi tuntutan zahir dan batin manusia. Antara perkara yang ditekankan oleh Islam ialah cinta, sifat penting dalam kehidupan dan peradaban manusia.

Cinta juga menjadi antara faktor kelangsungan generasi manusia. Apa yang pasti, ia berbeza tingkat dan lapisannya. Ada cinta terhadap Allah, Rasulullah, Islam, ibu dan bapa, anak dan cucu, pasangan suami atau isteri, sahabat, bahkan terhadap binatang dan alam sekitar.

Bagaimanapun, cinta orang beriman terhadap Allah adalah cinta suci yang tiada bersyarat. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 165, yang bermaksud: “Ada juga antara manusia yang mengambil selain Allah untuk menjadi sekutu Allah, mereka mencintainya, memuja dan mentaatinya seperti mereka mencintai Allah, sedang orang yang beriman itu lebih cinta dan taat kepada Allah.”

Cinta orang beriman terhadap Allah lebih hebat daripada cinta orang tidak beriman terhadap Allah. Cinta orang kafir dibahagi antara Tuhan dan berhala sembahannya, tidak seperti orang beriman yang semata-mata kepada Allah.

Begitulah sepatutnya cinta mukmin terhadap penciptanya. Namun, Iblis penghulu segala syaitan menyatakan tekadnya di hadapan Allah akan mengganggu anak Adam.

Ikrar Iblis dirakamkan al-Quran, Surah al-A’raf ayat 16 dan 17 bermaksud: “Iblis berkata, oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat, maka aku akan mengambil tempat menghalangi mereka daripada jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.

Kerja keras syaitan ini berhasil dengan dua bentuk kelemahan manusia. Pertama, lemah ilmu, manakala kedua kelemahan pegangan diri. Al-Imam Ibnul Qayyim menjelaskan dalam karya agungnya, Zadul Ma’ad bahawa setiap mukmin wajib memerangi syaitan yang menabur syubuhat dan syahwat. Syubuhat bererti ideologi terseleweng, maka caranya ialah menimba ilmu mengenai kebaikan untuk diamalkan, di samping menimba ilmu mengenai keburukan agar dapat ia dihindari. Syahwat pula bererti hawa nafsu. Caranya dengan menanam keyakinan terhadap segala janji baik Allah bagi hamba-Nya yang berjaya mengekang kebuasan nafsu.

Melihat kepada kalendar Masihi, akan muncul Hari Kekasih pada 14 Februari.

Berdasarkan penerangan ringkas sebentar tadi, dapatlah ditegaskan menyambut Hari Kekasih sesuatu yang menyalahi Islam, bidaah lagi mungkar.

Dari sudut ilmu, kita dapati Hari Kekasih bukan perayaan umat Islam, tetapi untuk kaum Nasrani atau Kristian. Seorang paderi bernama Valentine dibunuh lalu hari pembunuhannya itu dijadikan Hari Kekasih. Ia dijadikan hari untuk melahirkan cinta pasangan kekasih dengan pemberian hadiah dan seumpamanya.

Apabila kita mengetahui Hari Kekasih bukan untuk umat Islam, adalah wajar kita menjauhinya. Jika ada yang pernah menyambutnya, mohon keampunan daripada Allah dan bertekadlah untuk tidak mengulanginya pada tahun ini. Semoga dengan taubat nasuha, keburukan dan maksiat yang pernah kita buat diampunkan Allah, bahkan diubah menjadi ganjaran kebaikan.

Kedua, dari sudut hawa nafsu. Jika benar seseorang cinta kekasihnya, maka lihatlah adakah ekspresi cinta itu menepati keredaan Allah atau hanya mengundang kemurkaan-Nya? Jika pasangan belum berkahwin, cara terbaik melahirkan cinta ialah dengan berkahwin. Jika pasangan sudah berkahwin, cara terbaik ialah saling memberi hadiah dari semasa ke semasa. Mengapa perlu dikhususkan 14 Februari, sedangkan kita mempunyai hari lain yang tiada keraguan padanya. Janganlah perbuatan manusia yang diutamakan, akan tetapi utamakanlah firman Allah dan sabda Rasulullah SAW.

Ingatlah wahai saudaraku ketinggian cinta terhadap Allah akan diuji dengan melihat tahap ikutan seseorang mukmin terhadap Rasulullah. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 31 bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu.
NENEK INI HANYA MAMPU TERSENYUM MELIHAT PASANGAN INI

NENEK INI HANYA MAMPU TERSENYUM MELIHAT PASANGAN INI


Apa sudah jadi dengan remaja masa kini ni, bermesraan dikhalayak ramai tanpa ada rasa malu dan bersalah..seorang nenek hanya mampu ketawa melihat gelagat pasangan remaja ini bercumbuan dan berpelukan di sebelahnya.. Teruk benar perangai ! kalau dah tak tahan tu kahwin je lah kan..
CARA MENDAPATKAN CINTA KEKASIH LAMA | TIPSS

CARA MENDAPATKAN CINTA KEKASIH LAMA | TIPSS


Saya tergamam seketika apabila ditanya oleh sahabat karib saya tentang satu soalan yang berbunyi seperti ini “Macam mane aku nak dapatkan dia kembali? Ada ayat cinta ajaib tak?

Saya seorang penulis buku membicarakan bagaimana untuk menyelamatkan cinta. Saya juga seorang pengkaji ilmu-ilmu berkenaan cinta. Seharusnya soalan seperti itu saya boleh anggap sebagai soalan asas. Soalan kacang.

Tetapi saya pusing. Entah kenapa, saya kelu. 

Mari saya ceritakan.

Dari pengalaman saya sendiri, saya pernah putus cinta beberapa kali. Kesemuanya kerana keputusan saya sendiri, kecuali SATU. Satu inilah yang memberi impak besar kepada hidup saya. Saya ditinggalkan begitu sahaja. Ya, anda tidak keseorangan, saya juga seperti anda.

Kali ini saya akan berbicara dari sudut yang agak kejam dan kasar. Tema tulisan saya kali ini adalah jangan terhegeh-hegeh hendak dapatkan kembali si dia yang telah meninggalkan anda. Move ON! 

Saya yakin kekasih lama anda boleh kembali kepada pangkuan anda. Saya juga yakin kita boleh membuat kekasih lama tertarik semula kepada kita. Tetapi untuk menghormati insan-insan yang mudah berputus asa, tidak yakin untuk meneruskan kehidupan dan stress kerana baru atau sudah lama ditinggalkan kekasih, izinkan saya curahkan realiti kehidupan kepada anda.

Lagu Cinta Untuk Yang Berputus Asa
Baik, anda jangan hubungi lagi bekas kekasih anda. Biarkan sahaja dia dengan kehidupan dia sendiri. Buat apa anda hendak kacau hidupnya yang sedang bahagia sekarang. Dia tinggalkan anda kerana DUA sebab. 

1. Dia merasa tidak selesa, meluat atau tidak tahan apabila bersama dengan anda.

2. Dia menemui pasangan yang berjaya menambat hatinya. Mengisi kekosongan jiwanya dengan tarikan aura yang hebat (anda kalah di sini).

Anda sudah ditinggalkan. Lupakan dia sahaja.  Ganti perasaan kosong anda dengan mencari insan yang boleh mengubati luka parah anda sekarang. Banyak lagi di luar. Mereka berada di sekeliling anda. Anda tidak sedar kerana anda telah BERPUTUS ASA or should i say LOOSER?

Kesedihan anda ini umpama kes kehilangan handphone. Anda merasakan hidup anda sudah berkahir. Anda sebenarnya belum menikmati perasaan mempunyai handphone baru yang lebih canggih dan menepati citarasa anda.

Anda menerima kehilangan ini sebagai batu loncatan untuk anda mendapatkan yang lebih baik.

Move on. Bergerak ke hadapan. Jangan tunggu lama-lama.

Keras. Kejam. Kasar.

Tapi inilah jalan pintas untuk anda mendapatkan kembali hak anda – cinta bahagia.

“Tapi saya cakap cinta boleh diselamatkan?”
Ini pula untuk anda yang yakin cinta anda boleh diselamatkan

Mari sambung.

Ya, betul. Masalah cinta boleh diselesaikan. Anda masih berpeluang mendapatkan kembali kekasih lama yang telah meninggalkan anda untuk sekian-sekian sebab. Semuanya boleh…

…dengan STRATEGI yang betul.

Manusia adalah makhluk yang berakal dan berperasaan. Manusia ada psikologinya yang tersendiri. Manusia ada beribu-ribu jenis perasaan (state of mind) seperti gembira, sedih, ingin tahu, benci dan suka. Jika anda boleh mengaktifkan perasaanini pada waktu-waktu tertentu mengikut turutan tertentu, nescaya anda akan dapat apa yang anda mahu. Ilmu ini masih dianggap misteri di kalangan kita. Saya telah mencungkil rahsia ini.

Jika anda memang berniat hendak mendapatkan kembali kekasih anda, musnahkan kata-kata negatif yang berbisik-bisik di telinga anda dahulu. Kata-kata negatif boleh melemahkan semangat anda. Kata-kata rakan anda, kata-kata keluarga anda boleh melenyapkan impian anda untuk bersama dengan kekasih tercinta anda.

Mereka sebenarnya hendak menenangkan anda sahaja. Itu keutamaan mereka. Anda dapat atau tidak kekasih anda kembali, itu nombor 2. Inilah realiti kehidupan.

Apapun, saya ucap tahniah kerana anda masih ada keyakinan. Anda tahu, pada masa tertentu, pada situasi tertentu, anda pasti akan dapatkan kembali kekasih anda. Anda pasang niat. Anda berdoa. Anda menggunakan prinsip tarikan. Anda gunakan apa sahaja cara untuk meyakinkan diri anda ( cara beretika dan tidak membahayakan diri anda dan orang lain).

Percayalah, anda boleh mendapatkan kembali kekasih anda. Tekadkan di hati anda. Tanamkan di jiwa anda bahawa anda PASTI akan mendapatkannya kembali. Itulah yang anda perlukan sekarang, tidak kira anda baru putus atau sudah seketika lamanya. Anda harus PERCAYA dahulu. Yang lain datang kemudian.

Jawapan Untuk Persoalan Masalah Cinta
Berbalik tentang soalan sahabat saya tadi, saya menjawab “F ( bukan nama sebenar), aku tak tahu nak jawab apa sekarang, tapi aku tahu macam mane nak buat dia tertarik balik kat kau dalam masa 3-4 minggu.”

Seterusnya menjadi sejarah. Dia akhirnya betul-betul berjaya mendapatkan kembali kekasihnya. Cara ini mungkin berkesaan atau mungkin tidak untuk anda. Tapi agak bestuntuk diketahui kan? 

Saya akan kongsikan teknik ini pada posting seterusnya kepada yang mahu membaca. Kepada yang skeptikal dan termasuk dalam golongan putus asa, saya nasihatkan anda teruskan membaca majalah hiburan, membaca buku motivasi yang kandungannya diulang dengan ayat berbeza atau menonton rancangan Akademi Fantasia.
MUSTAFA KAMAL ATATURK PENGKHIANAT AGAMA | TERSEKSA DISAAT HUJUNG NYAWA

MUSTAFA KAMAL ATATURK PENGKHIANAT AGAMA | TERSEKSA DISAAT HUJUNG NYAWA


Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.

Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. 

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953)

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT
KISAH BENAR MALAM PERTAMA

KISAH BENAR MALAM PERTAMA

Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang satu cerita ‘panas’ (tapi bukan cerita lucah ye..hoho..nampaknya ada yang kecewa jika anda kali pertama ke laman ini). Cerita yang saya maksudkan ialah cerita berkenaan dengan malam pertama.

merupakan kisah benar. Ia juga mungkin boleh terjadi kepada anda yang bakal mendirikan rumahtangga kelak.

Memang tak mustahil boleh berlaku!
Ok, kisahnya begini….Terdapat sepasang pengantin baru yang baru sahaja mendirikan rumahtangga.

Bernikah la tu. Seperti biasa, pada malam harinya pasangan pengantin baru ini bersiap-siap untuk memulakan pelayaran malam pertama pengantin mereka. Owh, si suaminya tak sabar-sabar ingin memulakan aksi-aksi yang panas.

Ketika saat bermulanya si suami ingin memulakan hubungan persetubuhan di mana zakarnya dimasukkan ke dalam faraj si isteri, si isteri tadi berasa sakit yang teramat sangat.

Akibat nafsu membuak-buak yang tidak dapat dibendung oleh si suami, si suami tetap meneruskan adegan mendayung keluar-masuk zakarnya ke dalam faraj si isteri.
Akhirnya, malam pertama pengantin mereka tidak seperti di gambarkan.

Ianya indah khabar dari rupa. Akibat kesakitan yang teramat sangat, si suami terpaksa menghentikan pelayaran malam pertama mereka. Si isteri telah menghadapi kesakitan yang teramat sangat sehingga dia terpaksa di bawa ke hospital untuk dirujuk kepada doktor.

Kesannya, si isteri telah menghadapi kesan trauma yang mendalam. Dia berasa amat takut sekali untuk melakukan hubungan seks bersama suaminya.

Adakah anda ingin perkara seperti ini berlaku di saat malam pertama pengantin anda?
Saya percaya anda tidak ingin hal ini berlaku. Jangan biarkan malam pertama anda bertukar menjadi malam sengsara.
NORA DANISH MINTA MAAF PASAL BERGAMBAR SEKSI DALAM GLEM

NORA DANISH MINTA MAAF PASAL BERGAMBAR SEKSI DALAM GLEM

NORA DANISH MINTA MAAF PASAL BERGAMBAR SEKSI DALAM GLEM


Pelakon jelita, Nora Danish semalam memohon maaf berikutan penyiaran gambar-gambar seksinya dalam sebuah majalah hiburan yang berada di pasaran sewaktu dia berada di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

"Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Nora sebelum ini dikritik kerana membenarkan aksi ghairahnya dirakam sebelum disiarkan dalam majalah tersebut untuk keluaran bulan ini.

Menjelaskan keadaan, katanya, sesi fotografi untuk majalah tersebut sebenarnya telah dilakukan sejak awal tahun ini.


gambar seksi Nora Danish




"Saya akui gambar-gambar saya yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan saya"

6 ARTIS WANITA MALAYSIA MEROKOK | GAMBAR

6 ARTIS WANITA MALAYSIA MEROKOK | GAMBAR

Artis Wanita Malaysia Yang Merokok.

Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ini, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat memang agak susah. tambahan pula, jika wartawan-wartawan media perdana (hiburan) dibarisi oleh orang-orang yang 'banyak pahala'nya sehingga sanggup bersekongkol dengan artis ini dengan merahsiakannya dari pengetahuan peminat.

Niat berkongsi gambar ini bukan nak mengaibkan mereka tetapi biarlah tabiat buruk ini tidak menjadi ikutan remaja ataupun bakal artis nanti. Artis ini sepatutnya menjadi idola dan role model untuk generasi muda sekarang namun jika tabiat ini diamalkan apa akan terjadi dengan dunia hiburan negara kita? Untuk itu, mari kita lihat senarai  6 Artis Wanita Malaysia yang ketagihan rokok.

1. Diana Amir

2. Fasha Sandha

3. Sazzy Falak

4. Sharifah Sofea

5. Sharifah Jasmine Soraya

6. Sharifah Amani

Semoga dijadikan landasan untuk berubah menjadi yang patut dicontohi. Tak payah merokok pun hidup bahagia juga kot, lagi sihat dan bersih