--> Januari 2012 | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

no image

KALAU SUAMI JIKA SUAMI | TIPS PASANGAN



KALAU SUAMI


Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta


Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..


JIKA SUAMI


Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT 
  
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri

SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja  dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati


PESANAN KEPADA ISTERI-ISTERI :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI?

JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.
GAMBAR ARTIS | AJL

GAMBAR ARTIS | AJL

Lagu Awan Nano dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad. Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat, nyanyian oleh Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.


Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor).

Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.





Anugerah Juara Lagu 26 - Karpet Biru. AJL26 telahpun melabuhkan tirainya sebentar tadi. Awan Nano berjaya merangkul gelaran juara AJL26 dengan Beribu Sesalan mendapat tempat kedua dan Karma di tempat ketiga. Keputusan lain menyaksikan Hafiz merangkul vokal terbaik dengan lagu Awan Nano dan Alyah berjaya menggondol persembahan terbaik. Jom kita tengok pula fesyen-fesyen artis yang hadir pada malam yang penuh gilang-gemilang tersebut.
















bila geng jiwa kacau tengok gambar-gambar ni.. rasa ehem2 la..

7 JENIS WANITA TIDAK BERSYUKUR

7 JENIS WANITA TIDAK BERSYUKUR



Ada wanita yang cukup kenal erti bersyukur. Malah ada wanita yang tahu natijah mereka itu sebagai seorang wanita dan mengapa mereka dijadikan oleh Allah sebagai seorang wanita. Wanita yang berada dalam golongan ini adalah mereka yang tidak “demand” dan mempunyai rasa tawadduk yang tinggi.

Tapi dalam masa yang sama, ada juga wanita yang “lupa diri”. Kaum wanita selalu cakap “susah jadi wanita”. Mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri. Mereka selalu persoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.

Dengan kata lain yang agak kasar, mereka mendakwa yang Allah telah berat sebelah. Mari kita lihat siapakah wanita-wanita ini dan jika ada diantara pembaca blog ini yang sudah mula persoalkan soalan yang disenaraikan di bawah, bolehlah bermuhasabah sebelum terlambat.

Keluhan REMAJA perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan ISTERI A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan REMAJA perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan ISTERI B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan ISTERI C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan ISTERI D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya. Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan D:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan sedikit ilmu yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?
Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Bukankah ibu itu seorang wanita? Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami.
Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.
Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
Tahu maksudnya?
Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu?
Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya! Tapi masih ramai wanita yang angkuh dengan suaminya”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para muslimah.

Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…
MENARIK TENTANG WANITA | FAKTA

MENARIK TENTANG WANITA | FAKTA

  • salam.. geng jiwa kacau best sedikit kalau bercerita tentang wanita nih.. entri kali ini mengenai fakta wanita yang kita perlu tahu dan ambil tahu


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. Jika korang tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang korang tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri dari korang setelah korang tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika korang masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14. Jika korang menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali korang ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat dengan korang.

16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungi korang atau menunggu panggilan dari korang, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Setelah seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19. Kalau korang masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali melihat gambar bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25. Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadap korang.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

31. Wanita tak suka kalau lelaki buat sesuatu untuk pikat dia tapi bila dah dapat, macam hampeh dibuatnya.

p/s: kalau tidak betul.. abaikan je ok..muehehehe

no image

MASAALAH PERCINTAAN | TIPS


                   masaalah percintaan??? 

Apabila putus cinta, sebahagian besar tindakan dan pilihan anda dikuasai oleh emosi. Apabila emosi mengawal diri anda maka, anda sukar untuk berfikir secara rasional. Anda akan mudah memberontak daripada tenang. Anda akan menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Anda tidak ada nafsu untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan anda. Apa yang lebih merbahaya adalah, berkemungkinan anda sanggup mati daripada terus hidup!
Sabar! Tenangkan diri anda… Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. Adalah normal jika anda sedang besedih dan kecewa sekarang. Anggap bahawa anda sedang menjalani satu ujian daripada tuhan. Ujian di mana akan memberi anda hikmah jika anda berjaya mengharunginya.

Saya akan sampaikan kepada anda “5 Pekara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta”. Setiap 5 perkara ini akan membantu anda untuk lebih berasa tenang dan apa yang lebih penting, akan memberi anda harapan untuk terus hidup.





1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!

Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.
2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.


3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!
Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.
4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan

Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.
5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan

Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.
8 CARA KEKAL ROMANTIK | TIPS

8 CARA KEKAL ROMANTIK | TIPS



Orang kata, apabila usia sesebuah perkahwinan itu semakin meningkat, perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing semakin berkurangan. Malah apa yang dilalui hari-hari bersama pasangan hanyalah satu tanggungjawab dan rutin yang perlu dipenuhi.


Benarkah begitu? Di sini geng jiwa kacau ingin tekankan jangan mudah terkeliru dengan tanggapan sebegini. Tangapan sebegini sebenarnya lahir daripada mereka yang tidak jujur dengan perkahwinan sendiri.


Usia perkahwinan yang semakin bertambah bukanlah alasan untuk merenggangkan sesebuah perhubungan. Ini kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan agar sesebuah perkahwinan itu tetap harmoni dan penuh dengan perasaan cinta!


Di sini diperturunkan lapan cara yang boleh anda praktikkan untuk memastikan cinta anda dan pasangan tetap menyala. Pastinya bukan semua kaedah ini mampu memberikan hasil secara langsung kerana ia memerlukan masa dan perlu dijadikan amalan supaya hubungan kasih sesama pasangan terus terikat kukuh.


1. Sesekali masaklah makanan kesukaan pasangan anda, contohnya untuk minum petang. Lebih romantik apabila anda sajikan pada saat dia sedang mengerjakan hal-hal kecil di sekitar rumah. Walaupun cara ini kelihatan mudah, namun kesannya sangat positif. Pasangan akan lebih menghargai jika selera dan pakaiannya dijaga rapi oleh insan tercinta.


2. Berikan perhatian lebih kepada pasangan ketika dia jatuh sakit. Menemaninya di kamar tidur dan memenuhi apa sahaja kemahuannya merupakan satu terapi terbaik untuk si dia yang tidak sihat. Jangan sesekali beranggapan permintaannya itu sebagai mengada-ngada atau sekadar mahu menarik perhatian. Ini kerana pasangan yang kurang sihat lebih sensitif dan emosi mereka juga kurang stabil. Jadi, jalankanlah peranan anda sebagai seorang isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin.


3. Aktiviti memasak juga dipercayai mampu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri. Apa kata anda pilih satu resepi kegemaran keluarga dan masak bersama-sama. Jangan lupa sediakan minuman kesukaan si dia dan putarkan muzik perlahan agar suasana menjadi lebih hangat dan romantik.


4. Setiap orang menyukai kejutan. Salah satu caranya adalah dengan mengirimkan emel atau SMS cinta untuk pasangan. Misalnya, SMS yang berbunyi "I love you" pada saat-saat yang tidak dijangkanya.


5. Anda seharusnya tahu akan kesukaan, minat atau hobi pasangan masing-masing. Untuk meningkatkan tahap romantik anda dan pasangan, apa kata anda cuba meminati hobinya. Tidak perlu memaksa diri, cukup sekadar memberikan sokongan serta prihatin apabila dia bercerita tentang hobinya kepada anda. Perhatian anda pastinya akan membuatkan hati si dia senang dan bertambah sayang kepada anda.


6. Sesekali tuliskan ayat-ayat cinta yang romantik di atas sekeping kad kecil dan lekatkannya di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan, contohnya di pintu peti sejuk. Kejutan sebegini pastinya akan membuatkan pasangan anda tersenyum dan tidak sabar untuk mendakap anda sebagai tanda terima kasih.

7. Lakukan aktiviti harian yang biasanya dilakukan oleh pasangan anda seperti menyapu sampah dan mengemas rumah. Si dia pastinya pelik dengan apa yang anda lakukan dan apabila si dia bertanya kepada anda mengapa, jawablah dengan penuh perasaan...“Because I love you..”


8. Jika selalunya anda yang menentukan tempat bercuti atau tempat untuk menjamu selera, apa kata sesekali anda beri peluang kepada pasangan untuk membuat pilihan. Sikap toleransi dan keterbukaan anda ini pastinya akan membuatkan si dia bertambah cinta kepada anda.
NAK TAHU LELAKI SUKA PADA KAMU | TIPS

NAK TAHU LELAKI SUKA PADA KAMU | TIPS


salam.. geng jiwa kacau kali ini nak cerita sedikit topik untuk wanita yang korang perlu tahu apabila lelaki suka pada korang..

Perangai dia berubah bila bersama dengan korang. 
Pernah tak korang jumpa lelaki yang garang gila. Bila lepak dengan member, pakai baju stock mat rempit ah koyak rabak. Rambut pulak tak kalah nak style punk je. Tapi bila dengan gadis yang dia sayang, dia jadi lembutttt sangat. Lembut macam bukan setakat pijak semut tak mati tapi pijak gajah pun tak terasa. Suara pun romantik je bila tengah gayut. 
Lelaki macam ni memang taste perempuan suka. Ah, tak payah cakap you girls nak lelaki yang muka jambu macam pelakon korea. Bullshit je semua tu. Girls zaman sekarang suka lelaki yang muka jahat. Perangai jahat. Tapi baik. Err i mean, iyalah, lelaki tu pakai baju koyak rabak. Rambut punk. Naik motor RXZ. Baju seluar semua hitam. Tapi tolong nenek tua lintas jalan. Perh, confirm cair perempuan tengok.




Dia marah gila-gila, tapi bila korang pujuk, mudah je dia hilang marah.
Lelaki memang sukakan benda-benda cantik. Benda-benda cantik seperti.... ikan dan seahorse. Dan tak lupa juga perempuan. Lelaki memang sukakan perempuan cantik. Dan comel. Tapi tak guna gak kalau cantik dan comel kalau tak memikat kan? Apa yang aku maksudkan di sini adalah kemampuan seorang perempuan. Ada certain perempuan tu ada muka yang membuatkan lelaki rasa sejuk je bila tengok. Dan ada dertain perempuan yang amat pandai memujuk tanpa menggoda. Dengan kata lain, kalau lelaki tu marah gila-gila then anda la satu-satunya orang yang mampu buat dia sejuk then itu maksudnya dia mungkin ada wink-wink dengan korang.

Sebagai contoh, you girls lah. Korang emo gila. Mungkin emo sebab kena marah, atau sebab kena tinggal dalam mall atau apa-apa je lah. Mesti di saat tu anda inginkan lelaki yang anda sayang untuk pujuk anda kan? Actually bukan ada apa pun. Emo anda tu bila-bila je boleh hilang. Tapi still anda nak lelaki yang anda suka tu pujuk kan?

Mengada-ngada.




Bila lelaki luangkan masa dengan korang.
Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau ada lelaki pause dota semata-mata kerana korang? KORANG TAU TAK? God... seriously korang kena sedar nak-nak bila lelaki tu tengah main DOTA online (Garena). Lelaki kalau dia gilakan dota, dia memang akan utamakan dota. Tapi once dia utamakan korang, maknanya dia utamakan korang dari game? It's a big deal. Duh.

Dan biasanya, kalau lelaki tu suka kat korang, dia akan cuba sebaik mungkin untuk cari masa untuk korang. Tak kira lah situasi apa sekalipun, dia mesti akan ada masa untuk korang ye tak? Paling busuk pun tengah lunch mesti dia boleh text kan? Dan bila dia kata 3 hari straight dia tak ada masa langsung untuk anda, itu maksudnya anda dalam bahaya dan mungkin anda dah membosankan dia.

Bila lelaki tu perasan akan benda-benda yang paling kecil yang korang ada / buat. 
Kadang kadang, lelaki bila dia bergayut (Calling-calling) atau borak-borak dengan awek dia. Si lelaki bukan dengar sangat pun apa yang si perempuan tu cakap. Kadang-kadang lelaki romantik macam aku hanya akan tengok gelagat dia, cara dia bercakap dan sebagainya. Kalau bergayut pula, aku lagi suka dengar dia bebel. Dengar dia ketawa sensorang then ikut dia ketawa bila dia ketawa. Kelakar doe. Kelakar dan comel. Dan sweet. 
So, apa yang lelaki akan perasan? Lelaki akan perasan tentang cara dia bercakap. Lelaki akan perasan bila masa biasanya si gadis akan ketawa. Lelaki akan perasan tentang cara si gadis susun ayat. Contohnya bila ada "Tapi" di belakang ayat. Dan most of the time, lelaki akan perasan si gadis punya nada. Actually lelaki romantik macam aku je yang perasan. Biasalah, romantik. Lelaki melayu kan romantik. 
Dia mula kenalkan korang dengan famili dan kawan dia.
Ini adalah benda yang amat common. Aku nak cerita pun malas. Tapi bila si lelaki ajak lepak-lepak dengan kawan-kawan dia, tu ada beberapa maksud. First, itu bermaksud dia nak cakap "Oi kawan-kawan, tengok ah sini. Walaupun aku huduh, tapi awek aku comelllll. Tak macam korang. Muka handsome. Tapi awek tak der gak. Dan maksud yang ke dua adalah... Wait, why the hell bila lelaki kenalkan awek dia kat kawan-kawan dia bermaksud lelaki tu serious?
Yes, dia akan kenalkan korang kat kawan-kawan sebab lelaki dan kawan-kawan memang tak boleh di pisahkan. Dan kalau boleh, lelaki nak semua kawan-kawan dia berkawan dengan si awek. So boleh la si lelaki tu keluar dengan awek dia bersama kawan-kawan dia. Dan pada masa yang sama, lelaki tak nak si perempuan tu mengongkong dia dari keluar dengan kawan-kawan lelaki.

Well, korang boleh tanya kawan dia.
Korang boleh menyamar sebagai bekas kawan sekolah bf korang then korang tanya la kawan baik dia. Most of kawan lelaki akan tahu samaada kawan-kawan dia sedang bercouple / playboy atau tak. Tapi lelaki biasanya tak ceritakan siapa awek dia kat kawan-kawan dia even kat kawan rapat dia. Tapi, kawan lelaki sure tau samaada your boy tu dah ada special someone or not, kan? So, korang boleh susun langkah track your boy. 
Bila korang lari, lelaki tu akan kejar.
Lelaki mudah bosan. Iya. Kadang-kadang, dia rasa nak main game je memanjang. Dia mungkin akan main PC game sampai ignore awek dia. Tapi once dia habis main that game, dia akan mula tercari-cari awek dia. Then bila awek dia ignore, perh, lagi la si lelaki rasa nak cari. Yup, semakin perempuan lari, semakin kuat lah si lelaki kejar. Well, aku pernah tonton sebuah movie di Diva. Tajuk citer tu adalah Play The Game. Antara quote dalam movie tu adalah

"Love; You either know it when you meet her, or when you lose her." 

So bila si lelaki tu rasa dia kehilangan that girl, dia biasanya akan rasa gelabah. Masa ni lah korang boleh gelak-gelak tengok apa yang dia buat untuk dapatkan you balik. Fun thing yang lelaki biasanya tak boleh buat kat perempuan. 

Kalau dia betul-betul suka kat korang, dia akan hormat segala batas.
Hormat yang aku maksudkan di sini adalah pergaulan korang. Tak adanya kalau korang bercouple, si lelaki usap-usap tangan korang sambil bayangkan benda bukan-bukan. Dan tak adanya lelaki tu pandang punggung korang sambil meleleh air liur. Okay fine memang ada. Tapi lelaki macam tu mostly kejar seks semata-mata. Dan kebanyakkan girls adalah bodoh tak bijak sebab fall for him.
Tapi cuba you all fikir balik. Andai kata korang sayangkan satu benda, korang nak jaga elok-elok tak? Kalau aku lah kan. Kalau aku jumpa seorang awek comel, bertudung litup, muka suci then pakai baju kurung setiap hari, aku rasa macam nak culik dia dan sorok dalam almari. Iyelah. Dia tu comel. Tapi macam mana kalau ada lelaki playboy yang jahat tapi pandai mengurat nak tackle dia? Macam mana kalau awek tu TERjatuh cinta kat that boy? Mesti rosak that girl kan? See, aku dah kata aku ni baik korang je tak percaya. *Ehem.*
Tapi korang kena ingat. Lelaki ni pandai. Perempuan pula tak berapa nak pandai. Eley, perempuan belajar tinggi-tinggi tapi balik-balik kena tipu dengan lelaki lepasan SPM gak. End up masuk bilik gak.
Yes, most of perempuan tahu yang lelaki serious bila lelaki tu ajak kahwin. Tapi korang kena ingat. Lelaki pun tahu yang perempuan tahu. So, bila-bila masa je lelaki boleh ajak perempuan tu kahwin dan berpura-pura serious. Then bila perempuan setuju dan happy gila, si lelaki dengan bijaknya akan berkata "You you. Kita akan kahwin nanti kan. So, apa kata you buktikan cinta you kat I. Malam ni check in hotel jom?"
Eh, jangan terkejut kalau aku kata ramai dah terpedaya dengan lelaki buat ayat macam tu.

Dan, conclusionnya, yes, seseorang lelaki tu MUNGKIN sukakan kau kalau dia buat benda-benda di atas. Persoalannya, lama mana dia akan suka kat kau?





DOWNLOAD VIDEO YOUTUBE | TRICK

DOWNLOAD VIDEO YOUTUBE | TRICK

Salam..geng jiwa kacau nk kongsi cara Download Video Di Youtube Tanpa Menggunakan 


Perisian.Mungkin entri ini tidak berguna bagi anda yang mempunyai perisian memuat turun seperti Internet 


Download Manager(IDM),Real Player Downloader dan lain-lain perisian untuk memuat turun.Entri ini di 


tujukan kepada pengguna yang tiada perisian seperti itu.




Caranya mudah sahaja dan tidaklah sesukar mana.

1. Pergi ke Youtube.Pilih video yang mahu di muat turun.

2. Letakkan perkataan "save" di URL sebelum perkataan youtube.
Contohnya : www.saveyoutube.com/watch?v=dGR65RWwzg8

3. Satu site baru akan termuncul seperti gambar dibawah dan pilih "Run"






4. Selepas memilih "Run",akan muncul pula paparan seperti ini :














4. Pilih download format yang anda mahu.Klik sahaja pada "Download FLV  240,Download FLV 360atau Download FLV 480.Proses Memuat turun akan dilakukan secara automatik kedalam komputer anda.


Mudah bukan?Cara ini memang sangat sesuai bagi yang tidak mempunyai apa-apa perisian memuat turun video dan juga ketika berada di Cyber Cafe.Tentang kelajuan memuat turun pula tidak dinafikan IDM adalah yang terbaik bagi Analyzer.Kelajuan memuat turun bagi cara ini adalah pada kadar yang biasa sahaja... selamat mencuba..


































no image

CARA MELAJUKAN YOUTUBE | TRICK

Salam..kali ini geng jiwa kacau nk kongsi ilmu sedikit bagaimana cara kita hendak lajukan buffering Youtube dengan cara yang mudah ini!
cara melajukan Youtube ini juga berkesan untuk mana-mana laman video streaming contohnya Metacafe, Veoh, Hulu, Tonton, dan lain-lain lagi..




Selepas itu, pergi ke Start ---> Run... ---> taipkan system.ini [system (dot) ini]

satu fail notepad akan terbuka dan menunjukkan code berikut:



; for 16-bit app support


[drivers]
wave=mmdrv.dll
timer=timer.drv
[mci]
[driver32]
[386enh]
woafont=dosapp.FON
EGA80WOA.FON=EGA80WOA.FON
EGA40WOA.FON=EGA40WOA.FON
CGA80WOA.FON=CGA80WOA.FON
CGA40WOA.FON=CGA40WOA.FON
[vicax]
msacm711=35753
msacm811=72261
msacm911=42405






(mungkin ada yang sama, mungkin ada yang sedikit berbeza..tiada masalah!)


Apa yang perlu anda lakukan ialah salin (copy) code di bawah dan tampal (paste) di bawahnya:


page buffer=1000000Tbps
load=1000000Tbps
download=1000000Tbps
save=1000000Tbps
back=1000000Tbps
search=1000000Tbps
sound=1000000Tbps
webcam=1000000Tbps
voice=1000000Tbps
faxmodemfast=1000000Tbps
update=1000000Tbps


Simpan (save) dan cuba buka mana-mana video di Youtube..ada perubahan tak?
jgn lupa selepas save je restart pc anda.. selamat mencuba
CARA LAJUKAN INTERNET | TRICK

CARA LAJUKAN INTERNET | TRICK

Ada satu benda. Boleh jadi penawar duka lara dan boleh juga jadi penyebab kemarahan. Bila dia laju, macam-macam benda kita boleh belajar dan macam-macam video kita boleh tonton. Tapi bila dia lembab, kita pun mula berasap telinga kiri kanan sebab jangan kata nak update blog, nak pergi update status facebook pun kirim salam saja lah. so geng jiwa kacau nk kongsi sedikit ilmu.. ilmu penuh di dada tp xnk kongsi x gne juga kan.



Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di restoran atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju (walaupun percuma).


Cara #: Ping Modem




  1. Connect ke internet
  2. Click pada Start Menu,cari Run dan taipkan cmd di bahagian search





3. Di cmd, taipkan ipconfig/all dan tekan enter 




4. Cari maklumat IP Address dan Default Getaway dan salin



Taipkan ping [IP address ATAU Default Getaway] -t dan tekan enter cth: ping 10.175.53.131 -t


Korang akan nampak reply seperti di atas ni. Biarkan windows cmd terbuka sepanjang korang online.
Cara ni boleh apply untuk broadband yang overlimit dan wifi yang lembab.. blom try blom tau.. pastu korang tgk kt statistik.. selamat mencuba..