--> ARTIS GAMPANG | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

ARTIS GAMPANG

| ARTIS GAMPANG
Salam sejahtera untuk anda semua,khususnya para remaja yang ada cita2 nak jadi artis.Tajuk entry agak garang disitu,haha sy tak garang,saya baik,sweet lagi,makwe2 saya yang cakap lah.heh..

Ok,cukup dengan saya2,sebut pasal artis.Apa yang korang terfikir?..popular?duit banyak?market tinggi?gosip2 panas?..Ya,tu adalah sebahagian ciri2 artis yang berjaya.Korang minat berlakon?boleh masuk Pilih Kasih.Korang minat menyanyi?,boleh masuk AF.Korang nak jadi imam?,boleh masuk Imam Muda?.Apa lagi?.Gadis Melayu?,tak payah.Nak jadi gadis Melayu gi belajar dengan mak korang.

Tapi,nak jadi artis ni minat je tak cukup,bakat kena ada.Muka kena comel macam Shila Amzah,wuhuu..aku tak minat dia,tapi rasanya kalau dia jumpa aku,mesti dia minat kat aku.Aku on je.hehe.


Shila Amzah pakai tudung,kan lawa tuh..sape sebelah dia ek??comel gak tuh..ha2
 Cakap pasal comel dan cantik/hensem,aku rasa masyarakat Malaysia ni masih mementingkanrupa dan bakat. Ada rupa,ada bakat boleh pergi jauh.Tak ada rupa,ada bakat,boleh jugak pergi jauh,just kena usaha sendiri tu lebih,macam Yuna.Muka dia biasa2 je kan.Tapi boleh pergi jauh sebab usaha sendiri,buat lagu sendiri,dan lagu tu best..best ke?..boleh la.Dan tudung sendiri,tak minat langsung tudung Yuna.Tak panas+serabut ke?..nanti bila2 aku tanya dia.Memang aku takkan pakai walaupun bagi free.(kalau aku perempuan la).

Lagi satu jenis,tak ada rupa,tak ada bakat.Toksah la berangan nak jadi artis.Bukan bidang korang la tu.Nak jadi popular pun ada cara lain.Tak semestinya jadi artis.Buat blog pun boleh popular apa. Macam Mr puihh

Aku sebenarnya takde la nak menggalakkan korang jadi artis(penyanyi),lagi2 kaum Hawa.Bukan apa,suara tu kan aurat.Ustaz Don kata la.Aku bukan ustaz.Berlakon pun sama,pegang sana,pegang sini,peluk sana,peluk sini.Ya,aku tau tak luak pun kan.Tapi tu la,Ustaz Don kata tak boleh,bukan aku kata,aku bukan ustaz.



 Ustaz Don..jejaka terhangat masa kini..ingat dia nak kat korang ke..heh..tkpe aku ada
So,kalau korang nak jadi artis jugak,jadi la artis yang beriman.Macam mana nak jadi artis beriman?Pergi tanya Ustaz Don.Jangan tanya aku.Yang aku tau artis(penyanyi) beriman tak pakai skirt then menyanyi gelek2 atas pentas,fans jantan kat bawah tadah muka.Syok woo.Tak luak pun kan,so takpe.

Bila korang dah jadi artis,jangan jadi artis yang gampang.Artis yang tak boleh pakai.Jangan jadi artis chipsmore or biskut merry kejap ada,kejap takde.Jadi la artis yang tak lepak pub hari2,teguk air setan,ambik gambar bogel sendiri,rakam video seks sendiri.Jangan jadi artis macam tu.Merosakkan bangsa dan diri sendiri.Aku tak bagitau pun takpe sebenarnya,korang da tau benda tu tak elok,tapi buat jugak kengkadang.Ya,boleh taubat kan,sempat ke?..entah. Jangan tanya aku.

So,para bakal artis sekalian,dah jadi artis nanti jangan lupa diri(jangan lupa aku).Ya,masa korang mula2 naik,korang tengah hot,offer datang sana sini,duit pun masuk macam air..masa korang tengah naik ni la korang nak simpan duit sikit..plan jangka panjang tu penting..mana la tau korang naik sekejap je,macam Mawi,naik sekejap.Masa mula2 naik mak cik2 semua tergila-gila kat dia,nak buat menantu,nak buat suami memang tak dapat la.Tapi dia pandai,dia kumpul duit then buat bisnes.Plan jangka panjang dia.Contohi la Mawi. 


Mawi..dulu dia bilal kan..??
 Bila korang dah popular nanti,jadi juara AF10 maybe,jangan seronok sangat.Dunia artis ni bukanseseronok yang disangka.Dengan gosip2 liar,gosip ni mana ada benda baik,orang sekarang mana nak dengar gosip2 baik,artis nak bertudung ke apa,yang diorang nak dengar artis ni suka maen perempuan,artis tu bercerai,artis ni ada anak ikan,artis tu kerja syif malam jadibapok..betul ke tak belakang kira.Sebab tu aku tak nak jadi artis,bakat tu.. orang kata ada,rupa pun ada la sikit2..tak hensem mana..hensem la sikit dari Aaron Aziz..tapi..tu lah.....aish..dah la tu.So,persiapkan diri korang dari segi mental sebelum melangkah ke dunia hiburan. 


 Kaki aku seliuh masa penggambaran KL Gangster hari tu,then director suruh mamat ni ganti aku..
Satu lagi,kalau korang tak abih SPM lagi,tapi nak jadi artis.Pastikan korang ada bakat,kalau takde bakat tak payah.Tumpu kat pelajaran je.Kalau rasa ada bakat,jangan syok sendiri pulak,bila korang gi karaoke member2 korang puji suara korang sedap,ada bakat la tu.Then korang minat nak jadi artis,boleh cuba,tapi jangan aktif sangat,tumpukan kat pelajaran korang dulu.Masa depan mana kita tau,even yang ada bakat dan rupa pun boleh gagal.


So,kesimpulannya,jadi la artis yang menyumbang pada diri sendiri dan masyarakat.Yang boleh bawak peminat2 korang ke arah kebaikan.Kalau ada bakal2 artis yang baca entry aku ni,jangan la senyap2, komen la sikit .Ada ke..???? 



Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan