--> MENENANGKAN DIRI BILA CINTA DITOLAK | TIPS | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

MENENANGKAN DIRI BILA CINTA DITOLAK | TIPS

| MENENANGKAN DIRI BILA CINTA DITOLAK | TIPS



1.bersenang lenang.
fes of ol.
kita kena bertenang.
senyum.
walaupun tiada siapa tahu.
jantung kamu dah macam milkshake kena goncang.
hati kamu dah macam bola kena tendang.
tapi macho la sekejap.
sekejap je.
kang dah takde orang kang.
kamu srot-srot la sedih sikit sorang sorang.

2. bermain dengan bayi.
yes.
baby such a great healer.
thats why peoples keep produce them year by year.
bila kamu main dengan bayi.
dengan henjut henjut lembut tangannya tepuk muka lu.
senyuman mereka.
gelak tawa.
seriyes.
kamu punya sedih boleh hilang sekelip mata.
tak payah nak beli produk dr romzey ke apa.
tapi ingat.
bermain dengan bayi.
dan bermain sehingga keluar bayi.
sangat-sangat berbeza.
adalah sesuatu yang mahabangsat kalau kamu anggap benda itu sama.

3. bersukan.
okeh.
kamu memang tengah sedih.
saya faham.
tapi yang kamu haruk pasang lagu pelamin anganku musnah.
mahligaimu dari airmataku.
ape pasal
puihh nak!!
pergilah bersukan.
main futsal.
ragbi.
kabaddi.
sekurang kurangnya kamu tade la fikir sangat kecewa lu.
okeh.

4.muhasabah diri.
ambik cermin.
tengok diri sendiri.
cukup kiut ke nak dapat ala-ala heliza.
tengok sejadah.
cukup akrab ke kita dengan ibadah nak dapat ala-ala masyitah.
ala-ala norbahyah.
hah.
haaaa.semput~

"saya rasa lain-lain saya dah complete dah tak.
 tinggal muka je tak kiut.
 abes safi rania gold.
 fair and lovely saya guna.
 tak kiut-kiut jugak."


aduh boboi.
benda tu tak payah ubah ok
kalau dah memang dia pandang rupa.
kamu nak terkial-kial kat dia kenapa.
ramai lagi kan yang lu boleh cuba.
yang boleh diubah kekemasan lu.
penampilan lu.
ini keluar muka sememeh.
daki tak tenyeh.
ape pasal

"saya dah tenyeh tak.
 berbalar ketiak saya sental dengan berus dawai.
 dia tanak jugak"


bro.
yang rugi siapa.
kamu ke dia.
mungkin kamu tak dapat pramugari dunia.
tapi insyaallah menantimu di sana dakapan bidadari bidadari syurga.
sabarlah.



5. doa
ini yang kita selalu lupa.
pada saya.
kamu nak mengadu pada kawan.mengadu lah.
nak post kat wall. post lah.
nak tag twitter.tag lah.
tapi ingat.
yang tentukan jodoh tu siapa.
tok kadi ke.
tok mudim ke.
kamu tahu kan siapa.
jadi banyak banyakkan la berdoa.
nak malu apa.
masa nih la kamu nak menangis.
luah rasa hati.
luah rasa kecewa.
doa lah nak macam gitu macam gini.
yang begitu begini.
insyaAllah.makbul.

salam.


Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan