--> MINYAK WANGI DARI AIR KENCING | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

MINYAK WANGI DARI AIR KENCING

| MINYAK WANGI DARI AIR KENCING



Parfum aneh bahan urin (air kencing / kencing) ini berasal dari kreasi Cherry Tree. Sebagai sokongan terhadap alam dan kitar semula sampah ia cuba mengitar semula segala sesuatu di sekitarnya. Lalu muncullah keinginan mengitar semula air kencing. Cherry mula membuat aroma yang unik pada tahun 2006. Ia menampung semua air kencing tepat saat bulan purnama. Lalu menyimpan urin dalam botol parfum.


Tree terpesona aroma urin yang berubah-ubah. Aroma urin sangat dipengaruhi apa yang dimakan sehari-hari. Menurutnya, bau urin akan terasa lebih wangi ketika seseorang makan banyak madu dan beraroma buruk saat makan daging ayam. "Saya tidak malu dengan idea menggunakan urin sebagai perfume. Beberapa jenis aroma musk juga dihasilkan dari kelenjar kelamin rusa," katanya seperti dipetik dari Genius Beauty . Cherry percaya ideanya akan berlangsung lama. Dia bahkan cuba memproses urin sebanyak dua kali untuk membuat aroma sekreatif mungkin. Ia berharap kreasinya boleh dijual suatu saat. Orang-orang boleh menggunakan minyak wangi dari urinnya sendiri. Terlepas dari idea uniknya, Cherry menekankan pentingnya pengolahan sisa untuk memelihara alam sekitar. Berani cuba? 

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan