--> THAI MINTA MALAYSIA EKSTRADISI RAKYAT IRAN | PENGEBOM | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

THAI MINTA MALAYSIA EKSTRADISI RAKYAT IRAN | PENGEBOM

| THAI MINTA MALAYSIA EKSTRADISI RAKYAT IRAN | PENGEBOM


BANGKOK - Thailand memohon seorang lelaki Iran yang disyaki terlibat dalam komplot serangan bom terhadap diplomat-diplomat Israel di sini diekstradisi ke negara berkenaan selepas dia ditangkap di Malaysia, kata polis semalam.
"Mahkamah telah meluluskan waran tangkapnya, justeru, Pejabat Polis Nasional akan merujuk kes ini kepada Pejabat Peguam Negara untuk menyelaraskan proses ekstradisi suspek," kata ketua polis Thailand, Phrewphan Damapong kepada wartawan.
"Kami akan mempercepatkan proses ini," tambahnya.
Kelmarin, polis Malaysia mengumumkan bahawa warga Iran terbabit telah ditahan di Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Dia merupakan antara tiga suspek beberapa kejadian letupan bom yang menggegarkan ibu kota Thailand, di sini pada Selasa lepas.
Sehari sebelum itu, beberapa pengebom dipercayai rakyat Iran menjadikan kakitangan kedutaan Israel di India dan Georgia sebagai sasaran sebelum mereka melarikan diri.
Israel menuduh Iran menjadi dalang serangan.
LELAKI warga Iran disyaki terlibat pengeboman di Bangkok, Mohammad Hazai disiasat anggota polis selepas ditangkap di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kelmarin
Namun, tuduhan itu dinafikan Iran.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Thailand mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan kedutaan dan pelancongan selepas insiden letupan di sebuah rumah di sini pada Selasa lalu termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini yang menjadi pintu masuk utama ke Thailand.
"Kami meningkatkan keseluruhan pemantauan dan akan memberi tumpuan terhadap para penumpang yang berkelakuan mencurigakan selain pakej atau bagasi yang ditinggalkan," kata pengarah lapangan terbang berkenaan, Somchai Sawasdeepon.
Hotel-hotel termasuk yang terletak di destinasi-destinasi pelancongan utama seperti Phuket dan Koh Samui turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga manakala beberapa buah negara seperti Britain dan Amerika Syarikat telah mengeluarkan nasihat kepada warga mereka supaya berwaspada ketika melawat Thailand.

MASOUD PERNAH MASUK KE MALAYSIA
– Lelaki Iran yang ditangkap di Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang kelmarin kerana disyaki terlibat dalam pengeboman di Bangkok, Thailand dipercayai pernah beberapa kali memasuki negara ini.
Satu sumber berkata, semakan mendapati Masoud Zedhaghat Zadech, 31, pernah datang ke Malaysia lima bulan lalu.
“Polis sedang menyemak data kemasukan Masoud untuk mengetahui tujuan dia datang ke Malaysia, dengan siapa dia berhubung semasa berada di sini atau kemungkinan dia mempunyai rancangan militan,” kata sumber keselamatan itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Berikutan itu, jelas sumber itu, Masoud masih ditahan di sebuah balai polis di ibu negara untuk siasatan mengenai latar belakang dirinya dan kegiatannya yang dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan negara.

PAGAR keselamatan diletakkan di luar bangunan beli-belah Central World sebagai langkah-langkah meningkatkan kawalan keselamatan di Bangkok semalam.
Dalam satu kenyataan semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Masoud masih ditahan di negara ini.
Masoud yang bekerja sendiri di Iran ditahan pukul 3.30 petang kelmarin di LCCT iaitu setengah jam sebelum dia dijadual berlepas ke negaranya.
Masoud tiba di LCCT, Sepang pukul 11.30 malam Selasa lalu dengan sebuah penerbangan dari Bangkok dan dijadual berlepas ke Tehran pada pukul 4 petang Rabu.

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan