Siri manipulasi gambar di bawah dihasilkan oleh oleh Zhao Huasen. Ianya mengingatkan aku kepadamotorsikal halimunan dalam entry yang lepas. Haha. Mengenai siri gambar di bawah, bagi aku ianya merupakan satu karya manipulasi gambar yang kreatif dan hebat!
☆★jiwa_kacau☆★
INILAH SEKOLAH TERMEWAH DAN TERMAHAL DIDUNIA | GAMBAR
Angan salah, ini bukan mall, hotel atau tempat seumpamanya di mana orang bersenang-senang, tapi ini adalah bangunan sekolah, tempat orang belajar, menimba ilmu. Orestad College, di Denmark, menjadi satu satunya bangunan sekolah termewah dengan pelbagai kemudahan kelas pertama.
Sekolah ini direka seselesa mungkin untuk para pelajar dengan begitu diharap mereka boleh menghasilkan prestasi maksimum. Kalangan ahli akademik Denmark percaya bahawa sinar matahari dapat membangkitkan semangat belajar para pelajar. Oleh itu, bangunan sekolah telah direka bentuk sedemikian rupa untuk memaksimumkan masuknya sinar matahari sebagai penerangan.
Tidak seperti umumnya sekolah yg serba terkotak-kotak, maka reka bentuk bahagian dalam justru dibuat serba terbuka, sehingga lantai bahagian atas boleh melihat bahagian-bahagian di bawahnya. Selain sambungan internet di setiap tempat, setiap pelajar juga mendapat laptop percuma. Juga ada bantal oren multi fungsi-fungsi yang boleh digunakan untuk santai, belajar, atau tidur untuk melepas kepenatan.
Tak heran reka bentuk unik sekolah ini berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui beberapa anugerah.
Melihat semua yg ada di Orestad College, rasanya memang tidak ada alasan tidak berprestasi, kan?
NENEK 80TAHUN HAMPIR MATI KETIKA MELAKUKAN TERJUNAN PAYUNG TERJUN | VIDEO
Seorang wanita berumur 80 tahun, terakam di dalam sebuah video yang memaparkan insiden payung terjun.
Rakaman tersebut menunjukkan seorang pesara, bernama Laverne, bercakap dengan sangat yakin bahawa dirinya akan melompat terlebih dahulu.
Ketika ditanya mengapa Ia memutuskan untuk terjun payung, Laverne mengatakan bahawa Ia ingin sekali melakukannya, "Selama 40 tahun," dan dirinya menyatakan dengan sangat yakin: "Hari ini Ya hari ini!"
Tapi apa yang terjadi? Semua yang sudah dirancang tidak berjalan sesuai dengan yang dirancang.
Wanita itu tiba-tiba ketakutan dan nervous, kerana momen saat dirinya mau melompat tinggal sebentar lagi, dan Ia pun dipaksa dan didorong dari dalam pesawat untuk boleh segera terjun payung serta mengambil posisi sebelum terjun.
Istrukturnya mengatakan, "Bagaimanapun, Aku harus mendesaknya keluar, dan akhirnya Kami keluar."
"Dapat anda lihat berkali-kali, Kami bergolek-golek di udara, hingga pada akhirnya pesara itu tergantung di sebuah tali payung terjun yang kelajuannya dianggarkan mencapai 120mph, sebelum meluncur ke tanah," ungkap si pengajar Laverne tersebut.
Akhirnya semuanya boleh diatasi. Walaupun Laverne terguncang, tapi dirinya masih boleh selamat dari sebuah kematian.
PEGAWAI KERAJAAN CHINA BAYAR ZHANG ZIYI RM347JUTA UNTUK SEKS | GEMPAR
Pergh!!! Skandal menteri Malaysia yang dikatakan membayar aktress terkenal untuk seks nampak sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan angka yang didedahkan media China hari ini.
Media China hari ini kecoh dengan pendedahan skandal seks bekas pegawai tertinggi kerajaan mereka, Bo Xilai yang kini didakwa membayar sejumlah wang untuk hubungan seks bersama aktress dan selebriti terkanl Zhang Ziyi.
Bo Xilai dikatakan membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktress tersebut untuk hubungan seks buat pertama kali sekitar tahun 2007 setelah mereka dikenalkan oleh rakan.
Rakan Bo Xilai yang sama, Xu Ming dikatakan menawarkan RM4.9 juta untuk Zhang Ziyi kembali ke ranjang bersama bekas pegawai kerajaan China itu.
Laporan juga menyebut yang pelakon wanita berusia 33 tahun itu telah tidur bersama Bo Xilai sekurang-kurangnya 10 kali di’antara tahun 2007 dan 2011 di Beijing, China.
Media China turut melaporkan yang kegiatan pelacuran Zhang Ziyi bukan sahaja melibatkan Bo Xilai malah beberapa lagi orang kaya dan ternama China yang sehingga ke hari ini mencecah angka RM347 juta nilai keseluruhan aktiviti beliau selama ini.
Berita skandal ini dikatakan menjadi sebab utama kenapa Zhang Ziyi tidak hadir ke Festival Filem Cannes 2012 sedangkan filem terbaru beliau Dangerous Liaisons di’tayangkan buat pertama kali di’sana.

HUKUMAN KEPADA PENGHINA RASULULLAH DI NEGARA ARAB
HUKUMAN DI SANA AMAT KETAT DAN SEBAB ITULAH MAKSIAT,JENAYAH DAN PENGHINAAN KE ATAS RASULULLAH DAN ALLAH SWT HAMPIR TIADA.
Parlimen Kuwait pada Khamis lalu, 3 Mei bersetuju penggubalan undang-undang yang membuat penghina Allah atau Nabi Muhammad SAW boleh dihukum mati. Keberanian ini mencetuskan perdebatan panas mengenai kebebasan bersuara di negara kecil di Teluk Arab tersebut.
"Kami tidak mahu melaksanakannya kerana orang berpendapat atau berfikir kerana Islam menghormati orang-orang ini," kata anggota parlimen dari pembangkang Ali al-Deqbasi, Agence France-Presse (AFP) melaporkan.
"Tapi kita perlu undang-undang ini kerana kejadian penghinaan terhadap Allah meningkat. Kita harus mencegah mereka."
Pada keputusan kedua dan terakhir daripada pungutan suara, 40 ahli parlimen memilih untuk meluluskan RUU yang akan memberi hukuman mati pada mereka yang menghina Allah atau Nabi Muhammad. Dalam pindaan tersebut, pesalah yang membela tindakan mereka ketika ditanya oleh hakim akan menghadapi hukuman mati. Terdakwa yang bertaubat di mahkamah akan terhindar hukuman mati tetapi akan mendapatkan hukuman penjara selama lima tahun dan denda $ 36.000 atau salah satunya.
Taubat oleh pesalah yang mengulangi kejahatan tidak boleh diterima di bawah RUU tersebut. Non-Muslim yang melakukan kesalahan yang sama akan menghadpi hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun, menurut RUU.
RUU itu sekarang menunggu kelulusan penguasa Kuwait untuk menjadi undang-undang. Menteri Kehakiman dan Urusan Islam Jamal Shehab mengatakan kepada pemberita selepas pungutan suara bahawa kerajaan akan menerima dan melaksanakan undang-undang.
Pencacian adalah haram mengikut hukum penerbitan Kuwait dan di bawah undang-undang jenayah sebagai fitnah atau pencemaran nama baik. Saat ini pelanggaran itu mendapatkan hukuman penjara, panjangnya bergantung pada beratnya komen dan kesan yang dirasakan pada masyarakat, peguam mengatakan.
Islam membentuk sekitar 85 peratus daripada penduduk Kuwait. Orang asing kristian dan Hindu adalah kelompok terbesar seterusnya.
Namun RUU ini mendapat penentangan terutama dari kelompok syiah.
"Mengapa kita cuba untuk menunjukkan Islam sebagai agama kematian dan pertumpahan darah ketika itu sebenarnya sebaliknya," Abdulhammed Dashti ahli parlimen Syiah mengatakan.
Syiah juga menuntut ahli parlimen bahawa RUU itu juga harus menjatuhkan hukuman mati pada sesiapa yang mengutuk 12 imam mereka, tetapi parlimen yang didominasi Sunni menolak permintaan mereka.
Syiah dibuat sekitar satu pertiga daripada 1.1 juta warga negara Kuwait dan ahli mereka dapat ditemui dalam kedudukan penting di parlimen, media dan perniagaan
Langgan:
Catatan (Atom)
















