--> PENYOKONG KELANTAN CEDERA DI BALING BATU | VIDEO | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

PENYOKONG KELANTAN CEDERA DI BALING BATU | VIDEO

| PENYOKONG KELANTAN CEDERA DI BALING BATU | VIDEO


Hmm, bila sebut pasal bola. Mesti kita nak dengar berita kemenangan pasukan kegemaran kita kan?
Tapi lain cita pulak apa yang berlaku di Stadium Bukit jalil pada 14/2/2012(14 februari 2012), ada berlaku pergaduhan diantara penyokong Kelantan Dan Selangor. (Lagi gambar dan video)
Insiden tersebut dikatakan berlaku ekoran provokasi dilakukan oleh pihak Selangor yang menyanyikan lagu ‘Kelantan Bodoh’ dan dikatakan salah seorang penyokong Selangor menanggalkan seluar menampakkan seluar dalamnya ketika gol pertama Selangor yang diledakkan oleh Shafiq Rahim.


Perkara tersebut menyebabkan rasa tidak senang penyokong Kelantan, sehingga membuatkan mereka berkumpul di hadapan pintu pagar pasukan Selangor.
Didalam insiden itu, setakat ini lebih kurang seorang penyokong Kelantan yang tercedera di kepala dikatakan akibat di baling batu sehingga menyebabkan kepala beliau berdarah namun begitu tiada penyokong selangor yang tercedera. (setakat yang diberitahu)


Bagi aku, apa yang aku nak katakan. Yahudi telah berjaya dengan agenda mereka memecah belahkan kita untuk benda ‘sia-sia’ kalau begini lah caranya. Ya benar, memang akan ramai mengatakan aku tidak berada disana sebagainya.
Tapi fikirkan semula, apakah kerana BOLA, kita perlu menghina sesama lain? bukankah kerana bola kita boleh bersatu? Satu persoalan? Apakah penyokong Selangor tidak reti melayan tetamu mereka? Tidak perlu mencari geruh, merugikan masa dan waktu sahaja. Kita orang ISLAM jangan kerana benda-benda sebegini kita nak hilangkan sifat ‘bijaksana’ kita sebagai manusia yang dikurniakan oleh ALLAH yang tiada pada makhluk Allah yang lain ianya AKAL


*Pihak berkuasa sila take note apa mereka kata, SIASAT sampai lubang cacing. Kami rayu*
Rasanya insiden ni, kita yang ‘tidak berada disana’ boleh lah jangan mencari geruh juga. Jangan pula melakukan perang LAMAN SOSIAL. Jangan sampai kita memfitnah dan sebagainya. JADIKAN INI PENGAJARAN. Tak cukup insiden KFC. Ini pula yang berlaku. aku harap. TIADA YANG AKAN MEMANJANGKAN PERKARA ini, dan kita DESAK pihak berkuasa untuk menyelesaikan perkara ini dengan ADIL.

Berkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan