--> April 2012 | Jiwa Kacau

Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

10 NEGARA PENDUDUK PALING SEDIKIT

10 NEGARA PENDUDUK PALING SEDIKIT


Berdasarkan beberapa statistik termasuk yang dikeluarkan PBB sejak 10 tahun lalu, lebih 12 negara dikategorikan sebagai negara kurang penduduk. Jika ada pertambahan penduduk pun, jumlahnya sangat minimum dengan jangkaan untuk lima tahun akan datang menunjukkan jumlah penduduk terus berkurangan.

Persoalannya, mengapa ia masih dianggap sebuah negara sedangkan saiz penduduknya menyamai sebuah perkampungan kecil dan apakah faktor penyebab penduduk negara terbabit menjadi terlalu sedikit? 
Selain masalah kesuburan yang selalu dikaitkan dengan pertumbuhan populasi dunia, faktor lain yang menyebabkan jumlah penduduk sesebuah negara itu menurun adalah ancaman penyakit berjangkit, peperangan, kesan bencana alam dan perpindahan penduduk dalam skala besar.

Berikut merupakan 10 negara paling sedikit penduduknya yang kebanyakannya terletak di kepulauan kecil yang terpinggir dan negara jajahan kuasa besar.

1. PITCAIRN ISLANDS

Pernahkah anda mendengar nama negara, Pitcairn Islands? Mungkin ini pertama kali anda mendengar nama berkenaan. Tahukah anda, negara pulau ini adalah negara yang paling sedikit penduduknya di dunia. Negara ini hanya mempunyai 67 orang penduduk saja.

Berdasarkan jumlah penduduknya, negara ini juga menjadi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi terkecil di dunia. Sehingga Julai 2011, negara ini masih di bawah jajahan British yang merangkumi empat buah pulau gunung berapi yang terletak di bahagian selatan Lautan Pasifik. Empat pulau itu adalah Pitcarn, Henderson, Ducie dan Oeno.

Hanya pulau Pitcairn saja yang berpenghuni. Mengikut sejarah, penghuni asal Pulau Pitcairn adalah golongan ‘Bounty Mutineers’ (Pemberontak Bounty) iaitu kelasi kapal perang British bernama ‘Bounty’ yang bangkit menentang dan mengambil alih kapal kerana tidak berpuas hati dengan kapten kapal mereka yang dikatakan sangat kejam.

Sembilan pemberontak ‘Bounty’ ini belayar menuju ke kepulauan Pitcairn pada 1970 diiringi 18 warga Tahiti (6 lelaki, 11 wanita dan seorang bayi) yang menjadi tahanan dalam pelayaran Bounty. Selepas berjaya mendarat di pulau itu, mereka bertindak membakar kapal Bounty. Sehingga kini, serpihan kapal ini masih boleh dilihat dari permukaan air di Teluk Bounty dan kisah berkenaan diceritakan dalam beberapa buah filem seperti Mutiny of the Bounty.



Pada 1937, Pitcairn Islands dicatatkan mempunyai seramai 233 penduduk, namun ramai yang berpindah keluar negara terutamanya New Zealand selain mati akibat penyalahgunaan alkohol, masalah sosial dan pembunuh.

Pada 2009, dicatatkan negara kecil ini mempunyai seramai 45 penduduk saja. Sistem politik di Pitcairn Island adalah mengikut sistem wilayah jajahan yang mempunyai wakil parlimen yang dipilih secara demokratik di mana Datuk Bandar dilantik sebagai ketua Kerajaan. Pusat pemerintahannya terletak di Auckland, New Zealand, namun kuasa ketenteraan dan keselamatannya terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan British.

Dikenali sebagai negara kecil tetapi Pitcairn Islands mengandungi sumber semula jadi yang banyak dan sangat produktif malah terkenal dalam aktiviti pertanian seperti penanaman pisang, betik, nanas, mangga, tembikai, oren, kelapa, tebu dan sebagainya. Pulau ini juga terkenal dalam aktiviti pelancongan malah 80 peratus daripada pendapatan tahunan penduduk Pitcairn Island disumbangkan sektor ini. 

2. VATICAN CITY

Statistik dikeluarkan PBB sehingga 12 April lalu menunjukkan Vatican City di Rome, Itali, adalah sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara ‘merdeka’ yang paling kecil dan paling sedikit jumlah penduduknya di dunia iaitu 460 orang.

Ia mempunyai keluasan tanah sebesar 44 hektar (110 ekar). Kawasan yang terletak dalam wilayah Kota Vatican adalah Dataran St. Peter, Basilika St. Peter dan Istana Apostolik. Wilayah berkenaan dikelilingi satu tembok yang juga sempadan antarabangsa antara Vatican City dengan Itali.

Negara kota ini dibentuk pada 1929 melalui Perjanjian Lateran yang ditandatangani Catero Gaspari yang mewakili pusat Pentadbiran gereja roman katolik dan Benito Mussolini yang mewakili Kerajaan Itali.


Vatican City adalah sebuah kota yang terdapat muzium serta taman tinggalan Empayar Rom yang diisytiharkan Taman Warisan Dunia oleh Unicef. Sumber kewangan negara ini adalah berpunca daripada sumbangan yang dikenali sebagai Peter’s Pence yang didermakan oleh individu atau syarikat penganut Roman Katolik dari seluruh pelusuk dunia.

Sebahagian pendapatan juga dihasilkan melalui penjualan setem, jualan cenderahati, kutipan muzium dan hasil penerbitan. Negara ini tidak mempunyai lebuh raya, landasan kereta api atau lapangan terbang.

Berikutan ia sebuah negara daratan yang dikelilingi oleh bandaraya Rome, negara ini bergantung sepenuhnya kepada kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh Itali untuk laluan masuk ke Vatican City. Vatican City adalah pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik dunia. Ketua negaranya adalah Pope Benedict XVI. 

3. KEPULAUAN COCOS (Keeling) 

Negara jajahan Australia ini terletak di Lautan Hindi, bahagian barat Pulau Krismas atau lebih tepat lagi terletak di pertengahan laluan dari Australia ke Sri Lanka berhampiran Indonesia. Mempunyai penduduk seramai 596 orang di mana 80 peratus daripada mereka beragama Islam serta boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris. 

Kepulauan ini mengandungi dua atol dan 27 pulau terumbu karang, namun tidak mempunyai sumber air bersih dari sungai atau tasik. Penduduknya bergantung sepenuhnya kepada bekalan air bawah tanah dan tadahan air hujan. Ibu negeri Kepulauan Cocos (Keeling) adalah Pulau Panjang manakala penempatan penduduk terbesar adalah Kampung Bantam (Pulau Selma).

Pemerintahan kepulauan ini berasaskan kepada Akta Pulau Cocos (Keeling) 1955 dan ia bergantung kepada undang-undang Australia. Kepulauan ini ditadbirkan dari Canberra oleh Jabatan Peguam Negara (sebelum 29 November 2007 pentadbiran dikendalikan Jabatan Infrastruktur dan Pengangkutan), melalui pentadbir bukan pemastautin yang dilantik Gabenor Jeneral.


Pentadbir terkini adalah Neil Lucas, yang dilantik pada 30 Januari 2006. Beliau juga dilantik Pentadbir bagi Pulau Krismas. Kedua-dua Wilayah ini adalah sebahagian daripada Wilayah Luar Negeri Australia. Kepulauan ini juga mempunyai angkatan polisnya yang tersendiri. Namun, aspek pertahanan di kepulauan itu masih di bawah tanggungjawab kerajaan Australia.

Kegiatan ekonomi utamanya adalah pelancongan seperti sukan air, selam skuba serta alam semula jadi. Sebahagian kecil penduduk pulau ini mengusahakan kebun kecil dan penangkapan ikan untuk sumber bekalan makanan. Sebahagian besar bekalan makanan adalah diperoleh daripada Australia dan tempat lain.

4. TOKELAU

Negara pulau ini masih di bawah jajahan New Zealand dan terletak di Lautan Pasifik Selatan. Pulau dengan keluasan tanah 10 kilometer persegi ini mengandungi tiga buah pulau coral (atoll) tropika didiami 1,151 penduduk dengan kebanyakan mereka kaum pribumi berbangsa Polinesia.

Nama Tokelau berasal daripada bahasa Polinesia yang bermaksud ‘Angin Utara’. Dijumpai pada 1877 dan 1889, Britain dengan secara rasminya menaikkan bendera Union Jack di Tokelau dan mengisytiharkannya sebagai negara di bawah tanah jajahannya. Pada 1926, pemerintahan Kerajaan Tokelau diserahkan kepada New Zealand dan proses mendapatkan kemerdekaan dimulakan pada 2004 dan sehingga kini masih lagi belum mendapat status merdeka.


Tokelau diisytiharkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat sebagai negara yang mempunyai ekonomi yang paling kecil di dunia. Semua perbelanjaan untuk urusan pentadbiran kerajaan Tokelau bergantung sepenuhnya kepada subsidi dari kerajaan New Zealand. Eksport utama Tokelau adalah jerami, kelapa dan barangan kraftangan. Purata jangka hayat penduduknya adalah 69 tahun

5. PULAU KRISMAS

Negara ini menjadi wilayah jajahan Australia selepas mendapat persetujuan peralihan kuasa daripada kerajaan UK pada 1957. Terletak di Lautan Hindi atau lebih tepat lagi di selatan Indonesia dan di bahagian barat laut Australia. Lokasinya juga tidak jauh daripada Pulau Cocos.


Dicatatkan jumlah penduduk Pulau Krismas adalah seramai 1,403 orang iaitu 70 peratus adalah orang cina, 20 peratus Eropah dan 10 peratus Melayu. Kebanyakan penduduk tinggal di bahagian utara pulau seperti Kampong Flying Fish, Silver City, Poon Saan dan Drumsite.

Jumlah keluasan tanah ialah kira-kira 135 kilometer persegi dan hampir dua pertiga daripada pulau diwartakan sebagai taman hutan simpanan oleh Kerajaan Australia. Sering menerima kunjungan pelancong asing terutama dari Indonesia kerana ia sangat hampir dengan negara berkenaan. Aktiviti ekonomi di pulau ini adalah perlombongan dan pelancongan. 

6.NIUE

Niue juga adalah negara pulau terletak di Lautan Pasifik Selatan. Juga dikenali sebagai ‘Rock of Polynesia’ dan penduduk pulau ini diberi jolokan ‘Rock’. Lokasinya adalah 2,400 kilometer di sebelah timur laut New Zealand dan berada di tengah-tengah garisan tiga segi dibentuk tiga kepulauan iaitu Tonga (barat daya), Samoa (barat laut) dan Cook Islands (tenggara).

Jumlah keluasan tanahnya ialah kira-kira 260 kilometer persegi yang didiami 1,496 orang penduduk yang majoriti penduduk berbangsa Polinesia. Diiktiraf sebagai negara merdeka, namun yang peliknya, tampuk pemerintahan negara pulau kecil ini dikatakan ‘bebas berpersatuan’ dengan New Zealand. Ini bermakna New Zealand masih ada pengaruh dan sedikit kedaulatan dalam mentadbirkan negara berkenaan.

                                      

Faktor utama yang menyebabkan keadaan ini ialah kerana semua penduduk Niue memegang kerakyatan New Zealand dan Queen Elizabeth II menjadi lambang pemerintahan New Zealand adalah juga Ketua Negara kepada Niue. Kebanyakan urusan hubungan diplomatik sering dilakukan New Zealand mewakili Kerajaan Niue. Kira-kira 95 peratus rakyat Niue menetap di New Zealand.

Pada 2003, Niue menjadi sebuah negara Wifi di mana kemudahan laluan Wifi secara percuma di seluruh negara oleh Persatuan Pengguna Internet Niue. Aktiviti ekonomi Niue adalah pertanian, perlombongan dan pelancongan dan terkenal dengan sukan rugbi, golf bola sepak dan bowling padang.

7. PULAU NORFOLK 

Negara pulau kecil ini terletak di Lautan Pasifik terletak di antara Australia, New Zealand dan New Caledonia dan sebahagian tanah jajahan Australia. Namun, penduduknya mempunyai banyak kebebasan dalam urusan pentadbiran negara. Pada 2011, jumlah penduduk pulau ini adalah 2,302 orang dan mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang negatif sejak 2001 (2,601 orang).

Majoriti penduduk pulau ini berbangsa Eropah (British) atau kacukan keturunan Tahiti yang berasal daripada Australia dan New Zealand. Sebahagian penduduknya mempunyai salasilah keluarga yang berasal daripada Kepulauan Pitcairn. Aktiviti ekonomi adalah pelancongan walaupun pulau ini tidak memiliki sebarang kemudahan kereta api, terusan atau pelabuhan.

Jeti pemunggah hanya boleh didapati di Kingston dan Cascade. Namun, kapal pengangkut barang tidak boleh berlabuh di jeti berkenaan. Barangan keperluan hanya boleh dipunggah menggunakan bot pemunggah yang lebih kecil.

Bagaimanapun, pulau ini mempunyai kemudahan lapangan terbang untuk kegunaan kapal terbang penumpang dan pengangkut. Jajaran jalan raya pulau sepanjang kira-kira 80 kilometer (km) dengan 27 km daripadanya tidak berturap. Menarik di pulau ini, lembu mempunyai hak keistimewaan keutamaan laluan di jalan raya (Right of Ways) dan pengguna jalan raya lain perlu mematuhinya”.

8. PULAU FALKLAND

Pulau ini terletak di bahagian selatan Laut Atlantik dan barat laut benua Amerika Selatan. Negara ini menjadi tanah jajahan Britain sejak 1833, namun sehingga kini ia menjadi rebutan antara Britain dengan Argentina. Peperangan Falkland meletus antara Argentina dan Britain pada 1982 dan berpanjangan sehingga dua bulan. 

Peperangan ini di akhiri dengan pengunduran tentera Argentina. PBB menganggarkan penduduk Falkland Islands seramai 2,955 pada 12 April lalu. Penduduk utamanya adalah keturunan British, Perancis, Gibralta dan Skandinavia. Kadar pertumbuhan penduduk di antara 1851 sehingga 1911 mencatatkan peningkatan dari 287 orang kepada 2,272 orang penduduk.

Namun, ia semakin menurun antara 1931 sehingga 1980 dari 2,392 orang kepada 1,813 orang kesan pertelagahan antara kerajaan UK dengan Argentina yang disusuli peperangan pada 1982. Pada 2006, kadar pertumbuhan penduduknya mencatatkan peningkatan kembali kepada 2,094 orang berikutan penghijrahan masuk penduduk daripada UK, Saint Helena dan Chile.

9. SVALBARD dan JAN MAYEN

Kedua-dua pulau ini berada di bawah jajahan takluk kerajaan Norway sejak 1925 (Svalbard) dan 1929 (Jan Mayen). Sehingga 12 April lalu, PBB mencatatkan jumlah penduduk di kedua-dua pulau ini adalah 3,431 orang. Kepulauan Svalbard ditemui bangsa Norway pada kurun ke-12 dan dijadikan pangkalan aktiviti penangkapan ikan paus di antara kurun ke-17 dan ke-18.

Norway diiktiraf sebagai pemegang hak kedaulatan kepulauan ini pada 1920. Lima tahun kemudian secara rasminya mengambil alih kuasa pemerintahan. Pulau Svalbard terletak di bahagian utara Eropah, di kepulauan antara Lautan Artik, Lautan Barents, Lautan Greenland, Lautan Norwegian dan berada di bahagian utara Norway.

Salvabard adalah sebuah kepulauan yang mengalami iklim artik yang sentiasa sejuk sepanjang tahun dan sebahagian besar kawasan pergunungan yang sentiasa diliputi ais. Kegiatan ekonomi utama adalah perlombongan arang batu, pelancongan dan Pusat Kajian Artik Antarabangsa. Perjanjian pada 9hb Februari 1920 memberikan hak kepada 41 buah negara untuk mengambil hasil galian di Svalbard tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan kerajaan Norway.

Kebanyakan penduduk pulau ini pekerja syarikat lombong arang batu. Jan Mayen pula adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak utara Eropah di Lautan Artik yang bersempadanan dengan Laut Norway dan Laut Greenland, di bahagian Timur laut Iceland. Pulau ini tidak mempunyai penghuni tetap dan diberi nama sempena seorang kapten pemburu ikan paus berbangsa Belanda yang menemui pulau ini pada 1614.

Gunung berapi Beerenberg di pulau ini dikenalpasti sebagai gunung berapi aktif yang terletak paling utara dunia. Gunung berapi ini mula aktif pada 1970 dan letupan terbaru berlaku pada 1985. Namun, dipercayai Jan Mayen mempunyai potensi sumber ikan yang banyak dan dikatakan mempunyai potensi simpanan petroleum bawah laut yang masih belum lagi diterokai.

10. SAINT HELENA, ASCENSION dan TRISTAN da CUNHA

Saint Helena, Ascension and Tristan Da Cunha adalah sebuah negara gugusan tiga buah pulau utama iaitu pulau Saint Helena, pulau Ascension dan pulau Tristan Da Cunha. Pulau-pulau ini adalah terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang dikaitkan dengan ‘Atlantic Mid-Ocean Ridge’.

Penduduk negara pulai ini adalah keturunan Afrika (50 peratus), kulit putih (25 peratus) dan Cina (25 peratus). PBB mencatatkan pada 12 April lalu, jumlah penduduk rasmi negara ini adalah 4,250 orang.



Pekerjaan utama penduduknya adalah perikanan, penternakan dan kraftangan. Kira-kira 25 peratus daripada penduduknya keluar mencari pekerjaan di kepulauan berhampiran dan UK. Keadaan itu dijangka berterusan dan akan mengurangkan jumlah penduduk.  
AMOI BERSAHAJA BIAR BOYFRIEND RABA DIHADAPAN ORANG RAMAI

AMOI BERSAHAJA BIAR BOYFRIEND RABA DIHADAPAN ORANG RAMAI



Bila bercinta semua jadi tak kisah... raba depan orang awam tak peduli...
tapi bila masalah berlaku masing -masing menyalahkan sesama sendiri.
melayu tak semestinya islam..islam tak semestinya islam jika tiada iman...kenapa org yg tak bertudung selalu nak mencari salah org yg bertudung?org yg bertudung pun manusia..tapi kita ada agama..so kalau tak bertudung boleh buat sesuka hati lah yer? fikir2kanlah..
IDENTITI LELAKI CIUM ZARINA ANJOULIE TERBONGKAR

IDENTITI LELAKI CIUM ZARINA ANJOULIE TERBONGKAR


Lagi-lagi Zarina Anjoulie-Harian Metro hari ini

Semalam kecoh tentang gambar bercium Zarina Anjoulie dengan seorang lelaki tersebar. Gambar itu dikatakan tersebar di laman Twitter miliknya. Mesti ramai yang tertanya-tanya siapalah jejaka yang bertuah dapat cium Zarina. 
Zarina Anjoulie dicium lelaki

Pagi ini di laman Twitternya juga Zarina, telah membongkar siapakah jejaka tersebut. Beliau adalah adik lelakinya sendiri.

Dari Twitter Zarina Anjoulie


Apakah motif Zarina Anjoulie sebenarnya? Walaupun adik kandung sendiri janganlah ambil gambar macam tu dan di load pula ke Twitter. Kan dah mengundang fitnah.


Update 28 April 2012
Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah, 25, sekali lagi dipalit kontroversi apabila aksinya dicium mesra jejaka heboh di laman blog dan portal hiburan.

Sebelum ini kisah pergaduhannya dengan bekas bintang Akademi Fantasia Musim 6 (AF6), Lutfyah Sheikh Omar atau Lufya, 26, mendapat liputan media.

Menurut pelakon yang melakar nama melalui watak utama dalam siri TV ‘Anak Pontianak’ yang mesra dengan nama Anjou itu, dia memang mempunyai ramai kenalan lelaki yang rapat namun foto yang tersebar itu bukan teman lelaki mahu pun bakal suaminya.

Sebaliknya, lelaki yang dilihat menciumnya dalam keadaan yang agak panas itu adalah abang tirinya.

“Saya bukanlah bodoh untuk menunjuk-nunjuk foto saya bermesra dengan teman lelaki. Sebolehnya saya merahsiakan dan menyembunyikan foto terbabit bagi menjaga imej sebagai artis dan saya masih boleh berfikir perkara baik atau buruk.

“Saya ada lapan adik-beradik tiri, lima lelaki dan tiga perempuan. Kami memang rapat antara satu sama lain. Gambar yang diambil pada tahun lalu itu bagi saya tidak ada masalah kerana ia hubungan sesama adik-beradik,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Zarina berkata, dia semakin tertekan dan tidak faham mengapa segelintir pihak tegar melemparkan dakwaan tidak rasional sekali gus cuba menjatuhkan dirinya sebagai penggiat seni tanah air.

“Sebagai artis, berperwatakan baik sangat pun, orang tetap melemparkan dakwaan berunsur negatif. Kontroversi sinonim dengan individu bergelar artis.

“Saya juga pernah difitnah kononnya dibela individu bergelar VIP Mat Saleh hanya disebabkan mereka nampak saya bermesra di kedai mamak pada lewat malam.

“Padahal itu bapa saya dan kami selalu keluar minum di kedai mamak jam 12 malam,” kesalnya.

Dia berkata, dirinya tidak mahu ambil peduli dan malas melayan sesetengah laman blog yang mengaitkan dirinya dengan kontroversi bertujuan untuk mengaut keuntungan.

“Saya tidak mahu peminat mengenali saya dengan kontroversi kerana apa yang dilakukan hanya saya yang tahu.

“Kini, peminat sudah salah tafsir apabila saya terus dipalit kontroversi seperti ini. Semakin ligatlah sesetengah laman blog untuk terus melemparkan dakwaan negatif bagi mengaut keuntungan.

“Kenapa tidak dari dulu lagi gambar ini disiarkan padahal ia diambil tahun lalu,” katanya.

Katanya, mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Fokusnya kini memajukan diri dan memberikan kesan yang terbaik dalam karier seninya tanpa perlu mendengar apa juga kata negatif. Sebelum ini, cerita kontroversi Zarina tercetus apabila tersebarnya foto seksi yang mendedahkan sebahagian dadanya di Internet beberapa tahun lalu dan beraksi ‘berani mati’ apabila menjadi penghias muka depan majalah lelaki yang diterbitkan di Jakarta, Indonesia hingga ramai yang mencemuh.

Mendapat jolokan 'Party Girl', Zarina dilaporkan bergaduh dengan beberapa rakan artis. Terbaru, seorang artis lelaki dari seberang menafikan ada hubungan istimewa dengannya namun Zarina tidak kisah dengan jawapan diberikan lelaki terbabit. Pelakon ini juga pernah merancang mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan sehingga dalam satu temu bual Zarina berterus-terang tidak mahu mengundang wartawan di majlis perkahwinannya.

Tidak berakhir dengan itu, Zarina mengaku menjalin hubungan dengan suami orang namun perkahwinan itu terpaksa ditunda atas alasan peribadi.

ALASAN KENAPA MALAYSIA DIBENCI OLEH NEGARA ASEAN

ALASAN KENAPA MALAYSIA DIBENCI OLEH NEGARA ASEAN



Ini Adalah Beberapa Alasan Yang Diberikan Oleh Negara Luar Kenapa Malaysia Adalah Negara Yang Paling di Benci Oleh Negara-negara ASEAN .
1. mencuri PERLIS dari THAILAND
… pada tahun 1959
2. mencuri SERAWAK dan SABAH daripada INDONESIA
Pada Tahun 1957
3. Mencuri Pulau SIPADAN & LIGITAN daripada INDONESIA
4. mencuri LANGKAWI pada tahun 1961
5. mencuri kebudayaan INDONESIA
6. Negara Penggangu kedaulatan wilayah INDONESIA,THAILAND dan PHILIPINA
7. pencuri perairan PALAWAN SELATAN daripada PHILIPINA
8. Pencuri LAUT BARAT DAYA PHLIPINA
9. Pencuri PULAU SEBATIK UTARA daripada INDONESIA
10. Pencuri LAGU TERANG BULAN dan menjadikan lagu ini sebagai lagu kebangsaanMALAYSIA daripada INDONESIA
11. PENCURI LAGU RASA SAYANG-SAYANG DARIPADA INDONESIA
12. PENCURI TARIAN REOG PONOROGO ASAL INDONESIA
13. PENCURI TARI PENDET ASAL INDONESIA
14. PENCURI ALAT MUSIK ANGKLUNG DARI INDONESIA
15. PENCURI KEBUDAYAAN PHILIPINA SELATAN
16. PENCURI KEBUDAYAAN MELAYU VIETNAM
17. PENCURI KEBUDAYAAN INDIA
18. PENCURI WAYANG KULIT ASAL INDONESIA
19. SULTAN MALAYSIA PENCURI WANITA-WANITA CANTIK contoh nya:
-manohara dari indonesia
-calvahneazer nahru dari india
-puitu selawang dari thailand
20. negara yang berusaha menguasai AMBALAT daripada INDONESIA tetapi TIDAK BERJAYA
21. NEGARA YG MASUK DAFTAR HITAM DUNIA SEBAGAI NEGARA PENJUAL MANUSIA
22. NEGARA TIDAK MENERIMA KEBEBASAN PENDAPAT DARI RAKYATNYA
23. SATU-SATUNYA NEGARA DI ASIA TENGGARA YG PERNAH MELAKUKAN PEMBUNUHAN TERHADAP ETNIS TIONGHOA SEHINGGA 4450 ETNIS TIONGHOA TEWAS DI TANGAN TENTERA MALAYSIA
24. NEGARA YG MENDUKUNG KOMUNIS DI VIETNAME NEGARA YG PERNAH MENEMBAK PELURU KE KAPAL THAILAND
(padahal kapal thailand yg menyelamatkan rakyat malaysia dari tsunami)
25. negara yg tidak mengakui suku LAOT BELUT (padahal suku inilah yg membunuh jeneral inggeris di sabah)
26. NEGARA yg membunuh suku-suku ISLAM di tanah asli TIONGHOA iaitu SABAH
27. negara yg tidak pernah MENGAKUI ADANYA PALESTIN (baru pada tahun 2001)
28. negara satu-satunya di asia tenggara yg pernah MENDUKUNG ISRAEL (pada tahun1957-2000)
29. kurangnya berpendapat di MALAYSIA
30. NEGARA PENCURI PULAU JEMUR INDONESIA (TIDAK BERHASIL)
- sumber diambil dari laman web luar negara yang kami terpaksa rahsiakan namanya.

ANEH CARA LELAKI INI MENDAKI GUNUNG

ANEH CARA LELAKI INI MENDAKI GUNUNG



Seorang lelaki yang berasal dari England berusaha menyelesaikan pendakian Gunung Kilimanjaro dan lari maraton dengan menggendong boneka harimau sepanjang 2.7 meter di belakangnya.

Paul Goldstein merupakan seseorang yang sudah memecahkan rekod maraton di Brighton. Goldstein berlari dengan menggendong boneka harimau seberat 15 kilogram. Namun saat ini, Goldstein menguji keberaniannya dengan mendaki Gunung Kilimanjaro di Afrika dengan membawa boneka harimau yang sangat besar.

Lelaki yang berusia 49 itu cuba untuk mendaki puncak Gunung Kilimanjaro dan akan menyertai kejuaraan maraton pada minggu depan. Pendakian gunung yang dilakukan Goldstein merupakan kampennya untuk melindungi Harimau Benggala. Sebagai seorang pemandu pelancong, Goldstein sering menghabiskan waktunya dengan mengambil gambar harimau-harimau di alam bebas.

"Harimau itu terancam pupus, saya akan sangat menyesal bila melihat dunia tanpa seekor harimau. Harimau merupakan haiwan yang cukup bererti bagi saya," ujar Goldstein, seperti dipetik dari Orange.
Goldstein bahkan merancang untuk menyumbangkan dana sebesar puluhan ribu poundsterling kepada Wort More III Alive, sebuah yayasan yang digagaskan oleh Taman Nasional Bandhavgarh, India.(AUL)



GADIS HOT INI MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK UNTUK JADI BARBIE DOLL KERANA MAHU POPULAR DI INTERNET

GADIS HOT INI MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK UNTUK JADI BARBIE DOLL KERANA MAHU POPULAR DI INTERNET



Gadis ini berasal dari Ukran dan baru berusia 21 tahun. 






Sebelum



no image

JOM LIHAT 15 GAMBAR ARTIS BERSAMA KERETA MEREKA





Kereta artis Malaysia Syamsul Yusof





Kereta artis Malaysia Aznil Haji Nawawi




Kereta artis Malaysia Awal Ashaari



Kereta artis Malaysia Vios Ebi AF5



Kereta Kereta artis Malaysia Farah Fauzana


Kereta artis Malaysia Sazzy Fallak



Kereta artis Malaysia Zahid AF



Kereta artis Malaysia Yusry KRU


Kereta artis Malaysia Anuar Zain



Kereta artis Malaysia Datuk Siti Nurhaliza


Kereta artis Malaysia Anne HotFM


Kereta artis Malaysia Azhar Sulaiman. Dahulu dia memakai kereta Proton Waja.


Kereta artis Malaysia Intan Ladyana dengan BMW 1 series



Rosyam Nor pemilik pertama kereta Satria Neo R3 Lotus Racing Edition