Sebuah Blog Yang Memberikan Berita Informasi Artis Gosip Artikel Berita Isu Terkini Semasa Video Dan Info Menarik

JALAN BERBOGEL DENGAN LUKISAN ALA-ALA BAJU | GAMBAR

JALAN BERBOGEL DENGAN LUKISAN ALA-ALA BAJU | GAMBAR


Gila betul dia orang..berani sungguh..berjalan dengan hanya berpakaian yang
hanya dicat di badan...





macam tak ada perasaan lansung...ini semua dilakukan atas
nama seni katanya....seni pun senilah maruah juga perlu di jaga.....
no image

FAKTA - FAKTA MENARIK



1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
KAWAN MAKAN KAWAN

KAWAN MAKAN KAWAN




Sebagai permulaan, ada cerita mengenai 3 budak hitam. Meraka telah berjalan-jalan dan tersepak satu botol sehingga keluar asap dan jin. Jin itu mengucapkan terima kasih kerana telah melepaskannya dan ingin membalas jasa baik mereka bertiga dengan meminta mereka membuat permintaan untuk ditunaikan.
Budak hitam yang pertama meminta untuk diputihkan kerana dah lama rasa hitam. Apabila nombor 1 dah jadi putih , yang nombor 2 pun meminta untuk menjadi lebih putih (putih melepak) dari yang nombor satu. Setelah yang pertama dan kedua telah menjadi yang putih, yang ketiga telah membuat satu permintaan….
Yang ke-3 meminta menghitamkan yang pertama dan kedua. Akhirnya kesemua menjadi hitam kembali dan tidak mendapat apa-apa faedah. 

 

Punca kawan makan kawan:
1: Wang – apabila seseorang meminta untuk memburukkan kawan kerana kerja 
2. Dengki – apabila melihat kawan telah berjaya.
Bagaimana nak tahu orang jenis itu:

  1. Pengalaman sendiri.
  2. Tujuan kawan kita berkawan. Kenalpasti sebab utama jika ada orang yang nak berkawan kita.
Cara atasi:
  1. Jangan berkawan dengan orang yang dengki. Carilah kawan orang yang baik.Kata Saidina Ali 'Carilah sahabat yang alim dan baik…'. Kita yang pilih dan corakkan sahabat kita.
  2. Ikut pesan Agama, pilih kawan yang baik cara fikir, kawan yang sayang dan taat akan agama dan kawan yang ….berani 
Pesanan: Allah murka kepada hambanya yang membuka aib seseorang. Jadi jangan sesekali kita membuka aib orang.
Doa yang diberi pada hari ini: Surah Adduhukan ayat 12, surah Al Qamar Ayat 10
p/s: rugi bagi kita jika kita tidak menolong antara satu sama lain.
PAKAIAN POLIS WANITA PALING SEKSI | GAMBAR

PAKAIAN POLIS WANITA PALING SEKSI | GAMBAR


Salam sejahtera... entri kali ini agak sempoi, aku ingin menunjukkan beberapa pakaian polis wanita (awek) yang seksi-seksi dari seluruh dunia. apa tunggu lagi, jom terjah dan cuci mata... phewit!!!



  



 
JACLYN PANDANG RENDAH NAJWA LATIF

JACLYN PANDANG RENDAH NAJWA LATIF


Jaclyn pandang rendah Najwa Latif di AJL26 yang lepas? Begitulah dakwaan segelintir pihak yang mengatakan penyanyi Jaclyn Victor memandang rendah kebolehan Najwa Latif semasa Majlis Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang lepas. Jaclyn Victor membawa 2 lagu dalam AJL26 iaitu lagu Sedetik Lebih (nyanyian asal Anuar Zain) dan Beribu Sesalan (nyanyian bersama Ning Baizura dan Sheila Amzah) manakala Najwa Latif menyanyikan lagu Cinta Muka Buku beliau.


Jaclyn Perlekehkan Najwa Latif


Semasa Anugerah Juara Lagu (AJL26) sedang berjalan, ada pihak yang mendakwa Jaclyn Victor telah memandang rendah dan memperlekehkan kebolehan Najwa latif yang mana telah layak sampai ke peringkat akhir mengalahkan artis-artis yang lebih senior dan lebih tua darinya seperti Stacy, Meet Uncle Hussein, Hazama dan Adira. Dakwaan kononnya Jaclyn Victor dituduh mengeluarkan kata-kata yang boleh mematahkan semangat penyayi muda tersebut sebelum membuat persembahan.
Namun begitu, Jaclyn Victor membidas tuduhan tersebut dengan berterus terang ada mengatakan kita tidak boleh memandang rendah pada keupayaan lagu budak ini (Najwa), jika tidak mana mungkin ia diminati ramai dan melangkah ke AJL. Jaclyn mengatakan niatnya bukanlah untuk memperkecilkan kebolehan Najwa Latif tetapi sebaliknya untuk tidak memperkecilkan kebolehan Najwa Latif yang merupakan artis termuda layak ke final AJL26 kali itu. Tambahan pula, semasa Anugerah Juara Lagu sedang berlangsung, dia tidak ada bertembung dengan Najwa Latif disebabkan jarak waktu mereka membuat persembahan adalah panjang dan Jaclyn juga ingin menumpukan pada persembahannya. Diharap kontroversi Jaclyn pandang rendah Najwa Latif ini tidak akan berpanjangan agar industri seni tanah air akan terus berkembang!
10 SEBAB DILARANG PILIH SUAMI ORANG

10 SEBAB DILARANG PILIH SUAMI ORANG




Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... .khususnya wanita

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
BANYAK KETAWA BOLEH MENYEBABKAN MANUSIA LUPA DIRI

BANYAK KETAWA BOLEH MENYEBABKAN MANUSIA LUPA DIRI




SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu. 

Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.
Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam. Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama baginda di medan peperangan. 

Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud. 

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman bermaksud: “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” (Surah at-Taubah, ayat 82). 

Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan. 
Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa ialah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau. 

Lantaran itu, Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi). 

Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati. 

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah. 

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan seperti terbahak-bahak sehingga mengganggu orang lain, maka ia lebih mengundang perkara negatif. 

Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri. 

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. 

Justeru, bermuhasabah diri ialah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. 

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan. Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta. 
SEJADAH CORAK BABI

SEJADAH CORAK BABI



SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.
no image

BAIK BURUK MENGONGKONG PASANGAN



 saya ingin menyentuh tentang baik buruk mengongkong pasangan.

Menjadi lumrah apabila sayangkan seseorang itu, kita ingin pastikan dia terus jadi milik kita tanpa ada gangguan daripada pihak ketiga. Dalam kata lain, kita tidak ingin ada orang yang merampas hak serta kebahagiaan kita.

Maka, ada antara kita yang bertindak mengongkong pasangan. Antaranya, memeriksa telefon si dia setiap kali berjumpa, tidak membenarkan dia keluar dengan teman-teman, khasnya yang berlainan jantina, meminta kata laluan atau kod bagi emel serta akaun peribadi, selain meminta dia meminta izin terlebih dahulu jika ingin ke sesuatu tempat atau bertemu dengan seseorang.

Dari sudut yang positif, tindakan sebegitu dilihat sebagai antara ciri keselamatan yang dibuat bagi memastikan kejujuran dan kesetiaan pasangan terhadap kita. Ia juga mempamerkan betapa kita mencintai si dia hingga kita begitu mengambil berat terhadap segala pergerakan, juga aktiviti dirinya.

Namun jangan lupa, tidak semua insan suka diperlakukan seperti itu kerana ia agak merimaskan. Apatah lagi jika tindakan tersebut agak keterlaluan seakan terlampau mengongkong, hingga dirasakan dirinya tidak bebas sama sekali dan hilangnya hak privacy yang dinikmati sebelum ini.
Bagi yang dapat terima cara sebegitu, mungkin tidak mengapa. Namun jika kita ditakdirkan bercinta dengan pasangan yang cepat bosan dan jemu dengan tindakan serta cara kita yang menjengkelkan, seakan cemburu dan mengongkong yang tidak kena pada tempat?

Tidak mustahil si dia boleh bertindak memutuskan hubungan kerana hilangnya rasa sabar dengan kerenah kita yang terlalu kebudak-budakan dan tidak realistik dalam membuat sesuatu permintaan serta tindakan.

Tak salah kiranya kita ingin memastikan si dia benar-benar jujur pada kita dan tidak menyembunyikan sesuatu daripada kita tetapi biarlah berpada. Jangan sampai si dia menganggap tindakan kita itu amat keterlaluan dan lama-kelamaan perasaan cinta itu diganti dengan kebosanan dan kebencian.

Renungkanlah...
7SEBAB KENAPA WANITA MENOLAK CINTA LELAKI

7SEBAB KENAPA WANITA MENOLAK CINTA LELAKI




Apabila sesuatu cinta ditolak terutamanya daripada wanita yang kita sudah lama memendam perasaan adalah satu perkara yang menyakitkan. Mungkin wanita tersebut mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan wanita menolak cinta lelaki adalah……..

(1) Anda tidak mempunyai aset - Mungkin bukan keseluruhan wanita yang memandang kebendaan tetapi boleh dikatakan sebahagian besar daripadanya lebih mementingkan aset seseorang lelaki itu berbanding perkara lain. Faktor ini menyebabkan mereka akan menolak cinta anda.

(2) Mereka sudah berpunya - Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita sememangnya adalah lebih setia berbanding lelaki. Sekiranya mereka seorang wanita yang baik dan amat menghargai pasangan yang mereka miliki sekarang, sudah pasti mereka akan menolak cinta anda.

(3) Mereka adalah playgirl - Sememangnya matlamat seorang wanita yang playgirl adalah sentiasa untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki. Mereka hanya mendekatkan diri kepada anda hanya untuk tujuan lain (terutamanya mengenai kewangan) dan bukan untuk bercinta. Sekiranya mereka menerima cinta ada sekalipun, ia hanyalah merupakan satu permainan.

(4) Tindakan anda yang salah - Sekiranya pada awal perkenalan telah bermacam-macam perkara yang anda mahukan atau sebagainya, ia sememangnya satu tindakan yang salah. Wanita akan menolak cinta lelaki yang mempunyai sikap sebegini. Anda seharusnya lebih tenang dan tidak terlalu gelojoh.

(5) Masa yang tidak tepat - Mungkin ketika anda berusaha untuk memikat seseorang wanita dan terdapat lelaki lain yang turut melakukan perkara yang sama. Ini akan mewujudkan persaingan. Adalah lebih buruk sekiranya anda mungkin mengambil tindakan yang agak lewat dan akan menyebabkan mereka mungkin akan menolak cinta anda.

(6) Sejarah hitam - Mungkin seseorang wanita itu mempunyai sejarah hitam ketika bersama lelaki lain dan menyukarkan mereka untuk menerima cinta anda. Adalah lebih buruk sekiranya mereka berasa trauma untuk bercinta sekali lagi.

(7) Anda tidak menarik perhatian mereka - Seseorang wanita sememangnya akan lebih mudah tertarik terhadap perwatakan, tingkahlaku atau sikap anda yang tersendiri. Sekiranya mereka menolak cinta anda, mungkin kerana anda tidak berjaya untuk menarik perhatian mereka.

Kesimpulan, sekiranya cinta anda ditolak, jangan berlengah untuk mencari cinta baru.

no image

12 JENIS PEREMPUAN SINGLE




1. Pencari Teman Hidup
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.

2. Bangkit Semula
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.

3. Tak Peduli
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.

4. Menunggu
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.

5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.

6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.

7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.

8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.

9. Ingin Perbezaan
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.

10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.

11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.

12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.
ANONYMOUS ISTIHAR AKAN SERANG ISRAEL

ANONYMOUS ISTIHAR AKAN SERANG ISRAEL




Kumpulan hacker Anonymous telah mengisytiharkan "perang salibterhadap Israel.  Mereka menyatakan negara Israel telah melakukan"jenayah terhadap kemanusiaandan mengarah kepada "bencana nuklear". Kelompok hacker yang beberapa hari terakhir ini menyusahkan Amerika dalam hal perang Cyber, telah bersumpah akan melawan pemerintah Israel.

Dalam pernyataan mereka yang dikeluarkan Jumaatpagi, Anonymous menuding para pemimpin Israelmenciptakan demokrasi palsu, dan hanya melayanikepentingan beberapa orang terpilih saja,sementara menginjak-injak kebebasan masyarakat.Anonymous juga menuding Israel telahmemanipulasi pendapat awam dengan kerjasamaantara "penipuan mediadan "politik rasuah".

Menghantar mesej kepada para pemimpin IsraelAnonymous menyatakan bahawa Zionis harusdipersalahkan atas pembunuhan dan pengusiranMereka menambahbahkan ketika dunia sedang menangisIsrael malah sedang merancang serangan seterusnyaMaka kelompok Anonymous tidak akan membiarkan serangan itu terjadi.

Kumpulan ini berjanji akan melakukan tiga langkah terhadap pemerintahan IsraelTiga langkah itudiantaranya akan mengeluarkan Israel dari Internet dan menukar Israel menjadi negara bebasSementara langkah ketiga tidak didedahkan kelompok ini.

Israel patut takut dengan akan ancaman Anonymous inikerana salah satu perkembangan terkini,kumpulan hacker ini berjaya merosakkan laman web milik CIA selama beberapa jamPadahaldalammesejAnonymous mendakwaapa yang mereka lakukan terhadap laman CIA itu hanya sebagai suka-suka sahaja
no image

HANTARAN TINGGI? ..




Assalamualaikum....

Selamat malam semua...
ramai yang buat entry pasal hantaran tinggi..
kebanyakan nya bagi pendapat yang sama...
mak bapak suka mintak hantaran tinggi...
itu punca lelaki lambat kawen..

malam ni pun aku nak menulis tentang itu..
tapi pendapat aku ni mesti ada yang
tak suka...
ni kan pendapat aku...hehheheh...

ramai lelaki bagi alasan
"mahal sangat mintak..tak payah kawen pun tak pe la.."

betul ke tak nak kawen
pasal hantaran tinggi??
atau sebab lain...
atau sebab tak de orang yang nak????

kebanyakan lelaki bila dia dah cinta dah suka
dah dapatkan keserasian dengan perempuan tu
dia akan usaha jugak untuk kawen dengan pompuan tu...
korang tak payah la terpengaruh dengan
entry2 yang asyik menyalahkan keliuarga belah perempaun
konon nya minta hantaran tinggi2...

mak bapak sekarang walaupun
dok kat ulu2 nun depa pun fikiran dah luas...
depa pun tau anak2 sekarang mudah
sangt terjebak dengan benda2 tak baik..
depa pun nak anak depa kawen cepat..

kalau si lelaki berbincang baik2
tak de nya mak bapak nak halang ..
lagi depa suruh kawen cepat ada la..
tahun ni je 5 rumah aku ikut rombongan meminang..
semua keluarga belah perempuaan bawak keluar ayat lebih kurang je...

"ikut belah lelaki la berapa yang mampu..
kita buat lagi cepat lagi bagus..kan???"

memang ada mak bapak yang letak hantaran tinggi
kat malaysia ni..tapi jumlahnya alahai ciput je..
tu pun yang keluarga berada..


korang pun..nak kawen cari la yang sepadan..
ni nak kat anak dato..anak ketua pengarah syarikat besar
mesti lah hantaran tinggi..

cermin2 sama diri tu...
dah tau susah cari la yang sama2 taraf..
tak payah nak besar2 kan isu hantaran tinggi ni..
aku tengok pantang cuti sekolah
ada je kenduri kawen..sampai jalan pun jem kiri kanan rumah kenduri.

jadi tak de nya masalah ni besar mana..
lelaki mana entah yang tak laku
lepas tu buat alasan hantaran tinggi.
padahal tak de orang nak kat dia..